Chery Malaysia Memperkenalkan Warna Aurora Green Untuk Tiggo 8 Pro

Chery Malaysia Memperkenalkan Warna Aurora Green Untuk Tiggo 8 Pro

KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Chery  Malaysia memperkenalkan pilihan warna terhad, Aurora Green, untuk SUV flagship-nya,  TIGGO 8 PRO. 

Pilihan warna edisi terhad yang lebih menawan cerah akan tersedia secara eksklusif pada  TIGGO 8 PRO, menambah sentuhan elegan kepada kenderaan yang sudah hebat ini. TIGGO  8 PRO, yang pertama kali diperkenalkan di pasaran Malaysia pada bulan Julai 2023, dengan  pantas menjadi kegemaran di kalangan peminat SUV

chery malaysia aurora green tiggo 8 pro

Ruang dalaman yang luas, teknologi pintar yang canggih, dan enjin 2.0TGDi yang kuat telah  menetapkan standard baru dalam kelasnya.

Dikuasakan oleh enjin turbo 2.0L, TIGGO 8 PRO memberikan pengalaman memandu yang  mengasyikkan, dengan 256HP dan tork 390Nm yang mengagumkan. Enjin ini telah  disepadukan dengan sempurna dengan transmisi Transmisi Dwikuasa 7-kelajuan (DCT),  memberikan perjalanan dinamik yang kuat dan cekap, dengan kadar penggunaan bahan api  yang kompetitif pada 7.4L/100km.  

TIGGO 8 PRO juga dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri canggih, termasuk Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar yang lancar, Kamera Panoramik 540 darjah, dan Paparan  Dwi Skrin 24.6-inci yang elegan dan mesra pengguna yang meningkatkan pengalaman  memandu dan mengurangkan gangguan.  

TIGGO 8 PRO juga dilengkapi dengan Advanced Driver Assistance System (ADAS) terkini  yang mengintegrasikan sensor-sensor canggih seperti Adaptive Cruise Control, Lane Keep  Assist dan Blind Spot Detection. Teknologi kaca bunyi Acoustic Glass kenderaan memastikan  dalaman yang sangat sunyi, meningkatkan pengalaman memandu secara keseluruhan.  

Pilihan warna Aurora Green hanya tersedia untuk 120-unit sahaja, menjadikannya pilihan  yang istimewa bagi pelanggan yang inginkan kelainan serta sentuhan kemewahan kepada  TIGGO 8 PRO. 

TIGGO 8 PRO kini ditawarkan dari harga RM159,800 (WM) dan dilengkapi dengan pakej  jaminan komprehensif, menawarkan perlindungan selama 7-tahun atau sehingga 150,000KM,  serta 5-tahun servis buruh percuma.  

Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menambah perlindungan mereka dengan  menambah bayaran tambahan sebanyak RM 2,000 untuk Pakej Extended Warranty Chery,  yang menyediakan jaminan selama 10-tahun atau 1,000,000KM untuk enjin kenderaan mereka.  

Selain itu, Chery Malaysia kini menawarkan Pakej Extra Peace of Mind, yang merangkumi  jaminan lanjutan enjin kenderaan selama 10-tahun atau 1,000,000KM dan 7-tahun  penyelenggaraan servis, semua ini hanya dengan RM 11,600.

Pelanggan yang berminat dengan TIGGO 8 PRO dalam warna Aurora Green boleh  berkunjung ke pusat pameran Chery Malaysia terdekat untuk membuat tempahan.

The post Chery Malaysia Memperkenalkan Warna Aurora Green Untuk Tiggo 8 Pro appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*