China Cipta Peranti Ciuman Khas Untuk Pasangan Jarak Jauh, Didakwa Mampu Tiru Ciuman Sebenar

peranti ciuman khas

China Cipta Peranti Ciuman Khas Untuk Pasangan Jarak Jauh, Didakwa Mampu Tiru Ciuman Sebenar

Sebuah peranti yang diiklankan di China untuk membolehkan pasangan jarak jauh berciuman telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial China, lapor CNN.

Dilengkapi dengan penderia tekanan dan penggerak, peranti itu dikatakan boleh meniru ciuman sebenar dengan mereplikasikan tekanan, pergerakan dan suhu bibir pengguna.

Selain itu, bersama-sama dengan gerakan mencium, ia juga dikatakan boleh menghantar bunyi yang ditetapkan oleh pengguna.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Meskipun ramai pengguna media sosial melihat sisi lucu pada peranti itu, ada juga yang mengkritiknya sebagai ‘biadap’ dan ‘menyeramkan’.

Sesetengah pengguna menyuarakan kebimbangan bahawa kanak-kanak di bawah umur boleh membeli dan menggunakannya.

“Saya tidak faham (peranti) tetapi saya benar-benar terkejut,” komen pengguna media sosial di Weibo.

Beberapa hashtag mengenai peranti itu juga telah mendapat ratusan juta tontonan di laman Twitter sepanjang minggu lalu.

Peranti ciuman khas

Menurut laporan CNN, untuk menghantar ciuman, pengguna perlu memuat turun aplikasi telefon pintar dan sambungkan peranti itu ke dalam port pengecasan telefon mereka.

Selepas berpasangan dengan pasangan mereka dalam aplikasi, pasangan boleh memulakan panggilan video dan menghantar replika ciuman mereka kepada satu sama lain.

Gambar: Taobao

Peranti untuk pasangan jarak jauh

Menurut media Global Times, peranti tersebut telah dicipta oleh Institut Teknologi Mekatronik Vokasional Chanzghou.

Jiang Zhongli, pencipta terkemuka reka bentuk, berkata, “Di universiti saya, saya menjalinkan hubungan jarak jauh dengan teman wanita saya, jadi kami hanya berhubung antara satu sama lain melalui telefon.”

“Di situlah inspirasi peranti ini berasal,” katanya kepada Global Times.

Jiang telah memohon untuk dipatenkan pada 2019 tetapi berakhir pada Januari 2023. Kini, Jiang berharap orang lain dapat mengembangkan dan menyempurnakan reka bentuk itu.

Sebelum ini, ciptaan serupa peranti ini iaitu “Kissenger” telah dilancarkan oleh Institut Imagineering di Malaysia pada 2016.

Namun, ia datang dalam bentuk pad silikon sensitif sentuhan dan bukannya bibir yang kelihatan realistik.

Semasa diiklankan untuk perhubungan jarak jauh, peranti berkenaan turut membenarkan pengguna berpasangan dengan orang yang tidak dikenali dalam fungsi ‘kissing square’ di aplikasi.

Sekiranya kedua-dua individu yang tidak dikenali itu berjaya dipadankan dan suka antara satu sama lain, mereka boleh meminta untuk bertukar ciuman.

Selain itu juga, pengguna turut boleh memuat naik ciuman mereka dalam aplikasi untuk dimuat turun dan dialami oleh pengguna lain.

Difahamkan bahawa peranti ini dijual secara e-dagang di talian terbesar China, Taobao dengan berharga 288 yuan (RM183.66).

Berpuluh-puluh pengguna telah berkongsi ulasan mereka mengenai peranti itu.

“Pasangan saya tidak percaya bahawa ciuman (jauh) boleh dilakukan, ini adalah kejutan terbaik yang saya berikan kepadanya semasa hubungan jarak jauh kami,” komen seorang pengguna.

“Terima kasih teknologi,” komen seorang pengguna lagi.

Sumber: CNN

The post China Cipta Peranti Ciuman Khas Untuk Pasangan Jarak Jauh, Didakwa Mampu Tiru Ciuman Sebenar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*