Cuba Yakinkan Peminat – Bad Indigo Muat Naik Video Dedah Suara Kekasih

Menerusi muat naik di laman Instagram, penyanyi Bad Indigo, 48, telah berkongsi video dimana dia mendedahkan rakaman suara wanita yang disunting dan dipercayai dari kekasih hatinya itu.

Bad memuat naik rakaman suara tersebut bagi menyakinkan semua pihak terutama netizen bahwa dirinya kini diulit bahagia dengan wanita berkenaan, malah dia masih tidak berputus asa.

Namun, Bad Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah juga memuat naik itu masih tidak mahu mendedahkan identiti dan wajah wanita yang dipercayai kekasihnya itu dengan menutup mukanya dengan emoji love.

“Hi, Assalammualaikum bi, Badrul Izhan kekasih hatiku. I dekat Popular (kedai buku) ni nak cari buku. I rindu you bi,” kata wanita dari rakaman suara terbabit.

Klik untuk gambar besar

Dalam perkongsian di IG juga, Bad membalas perkongsian video dari wanita terbabit dengan memberitahu dia juga merindui kekasihnya itu.

“Miss you too (Saya juga rindu awak) #RDM dengan emoji love. Semoga Allah pelihara hubungan kita ini dan lindungi dari fitnah dan hasutan.

“You are very special and rare for accepting me as I am. (Awak juga sangat istimewa dan sukar ditemui kerana menerima diri ini seadanya). Tq so much. (Terima kasih banyak) Love you (saya cinta awak),” tulis Bad

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*