Cucu Polis Berpangkat Tinggi Tinggal Sebatang Kara Akhirnya Dihantar Ke Rumah Anak Yatim

cucu polis berpangkat besar

Seorang cucu polis berpangkat tinggi yang tinggal sendirian di rumah pusaka selepas kematian datuk, akhirnya dihantar ke Pertubuhan Rumah Anak Yatim Jariah Qaseh kerana hidup sebatang kara pada usia seawal 13 tahun.

Aktivis masyarakat, Natipah Abu baru-baru ini berkongsi dengan orang ramai mengenai kisah menyayat hati remaja perempuan itu yang membesar tanpa ibu bapa dan juga datuk neneknya.

Seawal usia 12 tahun, remaja terbabit sudah berdikari dengan memulakan kehidupan sendiri di rumah pusaka yang terletak di Kedah, tanpa memerlukan pertolongan orang dewasa.

Selepas hampir membiasakan diri dengan kehidupannya, ibu saudara angkatnya telah membawanya pulang ke Melaka pada bulan lalu.

Remaja tersebut pergi dengan harapan ibu saudara angkatnya itu mahu menjaganya kerana dia juga berjanji akan menghantarnya pergi ke sekolah.

Namun, janji tinggal janji, setelah sampai di negeri tersebut, remaja itu telah dihantarkan ke suatu tempat dan janji tidak ditunaikan seperti yang dikatakan pada awalnya.

“Sebulan di tempat tersebut, dia keluar dan pergi ke balai polis. Polis yang membeli tiket bas yang membawa dia pulang ke Sungai Petani.

“Sebaik sampai di Sungai Petani, tentulah dia menuju ke rumah pusaka tinggalan datuknya. Malangnya rumah tersebut telah disewakan kepada warga Indonesia,” kata Natipah Abu dalam hantaran Facebook baru-baru ini.

Oleh itu, remaja yang berusia 13 tahun tersebut bertindak memaklumkan perkara berkenaan kepada bapa saudara kandungnya, namun disebabkan isteri bapa saudaranya tidak menyukainya, lelaki itu tidak dapat menjaganya.

Tetapi, atas belas kasihan dia menyara tanpa pengetahuan isterinya dengan menyewakan sebuah inap desa untuk dia tinggal seminggu. Usai seminggu, dia telah dihalau kerana tempoh sewaan telah berakhir.

Sekali lagi, dia menuju ke balai polis kerana tiada hala tuju dan tempat tinggal.

Tindakan remaja itu menimbulkan sedikit tanya tanda buat orang ramai, kerana dia tahu untuk membuat laporan polis walaupun tiada arah tuju.

Selepas disoal siasat, datuk remaja itu rupanya merupakan seorang bekas polis, maka segala teka teki yang tercipta akhirnya telah dijawab.

Datang daripada keluarga berada

Kredit: FB Natipah Abu

Menurut Natipah Abu yang juga Pengerusi Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia, dia melihatkan remaja tersebut seperti daripada keluarga susah yang tinggal di rumah kos rendah atau rumah kampung.

Namun sangkaannya meleset setelah melihat rumahnya yang tersergam indah dengan pintunya yang terbuka manakala pagar pula berkunci.

Kredit: FB Natipah Abu

Natipah Abu kemudiannya mengesahkan selepas melihat gambar datuknya, dia berkata datuk remaja itu merupakan bekas pegawai polis berpangkat tinggi dan bukan anggota biasa.

Semakin digali semakin jumpa akan bukti bahawa remaja tersebut datang daripada keluarga yang senang dan berada namun disebabkan kematian datuk dan neneknya, dia telah tinggal sebatang kara.

Difahamkan, dia juga turut menguasai lima bahasa termasuk Cina, Pakistan, India, Melayu dan Inggeris.

Remaja terbabit juga mempunyai darah kacukan dan berkemungkinan itu merupakan punca utama tiada yang boleh menjaganya.

Buat sementara, dia ditempatkan di bawah jagaan saya, sementara menunggu kedatangan bapa saudaranya untuk menjawab segala persoalan yg timbul tentang dia,” ujarnya.

Sumber: Natipah Abu via Facebook

The post Cucu Polis Berpangkat Tinggi Tinggal Sebatang Kara Akhirnya Dihantar Ke Rumah Anak Yatim appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*