Dakwaan Harga Tiket Kelas Ekonomi Cecah RM3,138 Tidak Tepat – Anthony Loke

harga tiket kelas ekonomi

Dakwaan Harga Tiket Kelas Ekonomi Cecah RM3,138 Tidak Tepat – Anthony Loke

KUALA LUMPUR — Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan hari ini menafikan dakwaan mengenai harga tiket kelas ekonomi KL-Tawau pada 20 April yang dikatakan mencecah RM3,138.

Sebaliknya, tiket bagi kelas tersebut sebenarnya telah habis dijual dan tiket yang tinggal hanyalah kelas perniagaan.

Jelas Loke Di Facebook, beliau telah menghubungi Group CEO Malaysia Airlines (MAB), Captain Izham untuk mengesahkan perkara itu.

“Semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan KL-Tawau pada hari tersebut telah habis dijual dan tiket yang tinggal hanyalah kelas perniagaan,” katanya.

BACA JUGA: Harga Istimewa Tiket Penerbangan Buat Mahasiswa IPTA Akan Diumum – Loke

Tambah Loke, harga tiket tersebut bukan untuk kelas ekonomi tetapi kelas perniagaan.

“Harga tiket bagi kelas perniagaan (Business Class) ialah RM2,863.40 dan bukannya RM3,138).

“Ini fakta yang perlu diperbetulkan. Sebagai mantan Menteri Pengangkutan, saya yakin Yang Berhormat (YB) Wee faham perbezaan antara tiket Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan isu itu bagi menjawab kenyataan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang mendakwa bahawa harga tiket kelas ekonomi mencecah sehingga RM3,138 baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Loke turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mantan menteri itu terhadap isu harga tiket penerbangan yang tinggi dan pandangannya mengenai penambahan kapasiti.

Sehubungan itu, beliau akan mengadakan sidang media khas pada jam 12 tengah hari esok di Kementerian Pengangkutan. Ia bagi memberikan fakta tambahan kapasiti penerbangan untuk musim Hari Raya tahun ini.

“Rakan-rakan media dijemput hadir untuk mendapatkan penerangan ini,” katanya.

BACA JUGA: Guna Tiga Bahan Je, Akak Ni Kongsi Resepi Mudah Buat Popia Oreo

Sumber: Facebook Anthony Loke Siew Fook

The post Dakwaan Harga Tiket Kelas Ekonomi Cecah RM3,138 Tidak Tepat – Anthony Loke appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*