Dari Mana Kerajaan Kutip Hasil Nak Buat Bajet?

Kerajaan Hasil Nak Buat Bajet

Dari Mana Kerajaan Kutip Hasil Nak Buat Bajet?

Setiap tahun, kita akan menunggu sesi pembentangan bajet negara sama ada secara langsung, ataupun menunggu laporan bertulis dari pihak media.

Pengagihan bajet ini bakal mempengaruhi pembangunan negara dari segi ekonomi, kemajuan teknologi, pendidikan dan sebagainya.

Memetik Bernama, bajet adalah rancangan perbelanjaan kerajaan yang melibatkan penerimaan wang, cukai serta duti lain dan wang tersebut digunakan dalam projek dan program pembangunan rakyat.

Setiap tahun bajet dibuat satu kali dan merangkumi satu tahun fiskal yang bermula pada 15 Jan sehingga 15 Jan tahun berikutnya.

Biasanya, pengagihan bajet ini selaras dengan hasil pendapatan negara dan mestilah berpadanan dengan jumlah hutang yang terkumpul.

Secara umumnya, apabila kita bercakap mengenai hasil pendapatan negara, anda mesti terbayang ia datang dari beberapa sektor seperti pertanian dan sebagainya kan?

hasil pendapatan bajet negara
Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Ada betulnya tetapi ia kurang tepat bagi menjelaskan maksud hasil pendapatan secara keseluruhan. Kerajaan mempunyai pendapatannya sendiri setiap bulan, konsepnya sama seperti gaji anda. Ada juga hasil pendapatan bukan bulanan yang diterima diterima dari masa ke masa.

Melalui hasil pendapatan inilah, kerajaan akan gunakan untuk mentadbir negara seperti membayar gaji penjawat awam, wang persara dan sebagainya.

Ia turut mempengaruhi perkhidmatan dan prasarana di Malaysia seperti  bekalan barangan, peruntukan dekat hospital, pendidikan, pasukan keselamatan dan lain-lain.

Perkara ini tidak termasuklah segala jenis subsidi, projek pembangunan seperti pengangkutan awam dan internet berkelajuan tinggi yang menggunakan hasil pendapatan negara.

Berdasarkan perkara di atas, sudah tentu ia akan memakan jumlah wang yang besar. Tanpa hasil pendapatan yang banyak, negara kita mungkin akan mengalami kesukaran untuk maju secara kompetitif, seiring dengan negara maju.

Sebahagian sumber hasil untuk kerajaan buat bajet

Akan tetapi, tahukah anda bahawa kebanyakkan hasil pendapatan negara ini datang dari rakyatnya sendiri?

Berikut merupakan sebahagian daripada kompenen hasil pendapatan negara kita:

1. Hasil Cukai

Cukai merupakan salah satu cara ampuh yang digunakan seluruh dunia bagi mendapatkan hasil pendapatan buat negara masing-masing.

Di Malaysia, penguatkuasaan cukai pendapatan turut dilaksanakan seperti kebanyakan negara-negara lain.

Seperti yang pernah dipelajari sewaktu sekolah dahulu, cukai terbahagi kepada dua jenis iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung.

Cukai langsung ialah cukai pendapatan dan ditadbir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Cukai pendapatan memiliki dua jenis kumpulan besar, iaitu:

  1. Cukai pendapatan yang terdiri daripada pendapatan individu, syarikat (CITA), petroleum (PITA), cukai pegangan, koperasi dan lain-lain.
  2. Cukai langsung yang lain adalah duti setem dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT).
hasil pendapatan bajet negara
Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Manakala, cukai tidak langsung pula adalah berdasarkan barangan atau perkhidmatan yang dibeli seperti cukai SST atau GST dan ditadbir oleh Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Bagi komponen cukai tidak langsung pula adalah seperti duti eksport, duti import, cukai jualan, cukai perkhidmatan, SST dan cukai pelancongan.

Memetik petikan Sinar Harian, kutipan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tahun 2021 meningkat sebanyak 17 peratus berbanding tahun 2020, kepada lebih RM140 bilion.

Untuk maklman, cukai langsung merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan negara kita, ditambah pula dengan hasil cukai tidak langsung biasanya sekitar RM30-50 bilion setahun.

Hasil cukai inilah yang dapat membantu untuk membangunkan negara kita kecil lagi.

2. Hasil bukan cukai

Hasil bukan cukai adalah hasil yang dikutip daripada rangkaian yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat.

Hasil bukan cukai ni termasuk daripada bayaran menghidupkan lesen, bayaran mendapatkan kelulusan permit, yuran perkhidmatan, faedah dan hasil dari pelaburan yang dijana di dalam dan di luar negara.

hasil pendapatan bajet negara
Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Selain itu, hasil bukan cukai yang lain turut didapati menerusi bayaran denda dan penalti, sumbangan dan bayaran ganti daripada luar negeri dan sumbangan tempatan dan sebagainya.

3. Terimaan bukan hasil

Terimaan bukan hasil terdiri dari semua pulangan balik perbelanjaan. Contohnya terimaan daripada kumpulan wang amanah yang berlebihan, kredit antara jabatan, pulangan balik bayaran yang lebih dan bayaran pelarasan dalam tahun-tahun kewangan yang lalu.

4. Hasil daripada Wilayah Persekutuan

Hasil cukai daripada Wilayah Persekutuan memiliki bahagian paling kecil jika dibandingkan dengan semua jenis hasil yang dinyatakan di atas.

Hasil Wilayah Persekutuan pula adalah terdiri dari hasil cukai dan hasil bukan cukai yang dipungut bagi pihak Wilayah Persekutuan. Contohnya adalah hasil daripada kedai tuak, hasil daripada tanah, lombong dan hutan dan hasil daripada lesen-lesen.

cukai wilayah persekutuan
Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Pada tahun 2007, terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah Persekutuan hanya menyumbang sebanyak 1 peratus kepada jumlah hasil negara iaitu sebanyak RM767 juta.

Sekarang anda mengetahui bagaimana kerajaan memperoleh wang untuk merangka bajet setiap tahun. Salah satunya adalah daripada kita sendiri sebagai pembayar cukai.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan merangka bajet melalui potongan cukai. Manakala di pihak kerajaan pula, bajet yang bakal dibentang juga perlu memberi manfaat yang setimpal kepada pembayar cukai.

BACA: Dah Tak Perlu Lekat Roadtax Lagi – Menteri

Sumber: Jabatan Perakaunan Negara

The post Dari Mana Kerajaan Kutip Hasil Nak Buat Bajet? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*