“Datuk Roy” Dibebas Dengan Jaminan SPRM

Datuk Roy dibebas

“Datuk Roy” Dibebas Dengan Jaminan SPRM

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai “Datuk Roy” yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan program Jana Wibawa, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Peguam Fahmi Abd Moin memberitahu pemberita bahawa Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membebaskan individu berusia 54 tahun itu selepas pihak SPRM tidak mengemukakan permohonan untuk lanjutan reman.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

“Anak guam saya akan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok bagi permohonan reman untuk kes lain,” kata peguam itu.

Pada Isnin lepas, lelaki itu telah menyerah diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 2.30 petang, sebelum direman selama tiga hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 atas kesalahan menerima rasuah.

Sumber: BERNAMA

The post “Datuk Roy” Dibebas Dengan Jaminan SPRM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*