Detik-Detik Pesawat Cargolux 747 Alami Kerosakan, Tak Jadi Mendarat

Cargolux 747 mendarat

Detik-Detik Pesawat Cargolux 747 Alami Kerosakan, Tak Jadi Mendarat

LUXEMBOURG — Sebuah pesawat Cargolux 747 dilaporkan mengalami kerosakan sewaktu melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Findel pada petang Sabtu lalu.

Memetik RTL Today, pesawat kargo berkenaan dijadualkan tiba di Luxembourg kira-kira pada jam 6:30 petang waktu tempatan selepas melakukan perjalanan dari Dubai.

Bagaimanapun, proses  mendarat tidak berjalan dengan lancar apabila enjin kiri Cargolux 747 dipercayai melanggar landasan.

Berikutan insiden itu, Cargolux 747 terpaksa membuat pendaratan semula selang beberapa minit kemudian. Kejadian itu sempat dirakamkan oleh jurugambar Findel yang mendedahkan kerosakan yang dialami pesawat itu.

Dalam rakaman berdurasi 32 saat itu, pesawat berkenaan naik semula ke udara selepas badannya seperti “melantun” pada landasan lapangan terbang itu.

Sementara itu, Syarikat Pengurusan Cargolux mengesahkan bahawa juruterbang terpaksa membatalkan pendaratan pertama  selepas mengalami kejadian itu.

BACA JUGA: Pelik, Ini Tiga Jenis Ikan Yang Tak Kena Pada Rupa & Nama

“Ia mengalami kerosakan ketika percubaan pertama pendaratan. Pada percubaan kedua pendaratan, mereka berjaya melakukannya.

“Disebabkan itu, pesawat itu perlu menjalankan pemeriksaan dan pembaikan semula yang diperlukan,” jelas syarikat itu kepada RTL.

Tambah syarikat penerbangan itu, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan terhadap kru penerbangan mahupun kakitangan di lapangan ketika kejadian.

Cemas Pintu Pesawat Terbuka 

Terdahulu, pintu belakang sebuah kapal terbang dilaporkan terbuka selepas berlepas dari Magan di wilayah Yakutsk, lapor Daily Mail.

Difahamkan, detik cemas itu sempat dirakamkan oleh penumpang yang memberitahu pintu belakang pesawat IrAero Antonov tersebut terbuka luas.

Sebanyak 25 topi milik penumpang dilaporkan berterbangan keluar dari pesawat berkenaan sejak ia berlepas.

Susulan itu, juruterbang IrAero Antonov terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di  Magan. Dalam detik cemas itu, semua penumpang dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan.

“Nasib baik, 25 orang di atas kapal, termasuk anak kapal tidak cedera. Tudung yang dipakai oleh beberapa penumpang juga telah terbang disedut angin,” maklum kenyataan tersebut.

Oleh itu, siasatan telah dijalankan berhubung kejadian yang mencemaskan itu.

Sumber: RTL Today

The post Detik-Detik Pesawat Cargolux 747 Alami Kerosakan, Tak Jadi Mendarat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*