Didakwa Lakukan Serangan Seksual, Mahkamah Perintah Dani Alves Dipenjara Tanpa Ikat Jamin

Didakwa Lakukan Serangan Seksual, Mahkamah Perintah Dani Alves Dipenjara Tanpa Ikat Jamin

Hakim mahkamah Sepanyol pada Jumaat dilaporkan telah memerintahkan supaya pemain bola sepak Brazil, Dani Alves dipenjarakan dengan reman tanpa jaminan atas dakwaan serangan seksual terhadap seorang wanita di kelab malam Barcelona.

Berdasarkan laporan Sky Sports, jurucakap pasukan Mossos d’Esquadra berkata bahawa pegawai telah membawa Dani yang telah menafikan dakwaan itu ke pejabat mahkamah selepas penahanannya dibuat.

Ikat jamin pemain itu telah ditolak dan kelab Mexico Pumas juga mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan kontraknya bersama pemain tersebut. Presiden kelab Leopoldo Silva membuat pengumuman itu dalam satu sidang media pada hari Jumaat lalu.

Pendakwa raya telah meminta bekas pemain Barcelona berusia 39 tahun itu dipenjarakan tanpa jaminan sementara menunggu perbicaraan, kata jurucakap pejabat pendakwa raya tempatan.

Selain itu, jurucakap berkenaan turut menambah bahawa Dani dan mangsa telah hadir di hadapan hakim.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Mangsa memberitahu polis bahawa bekas pemain pertahanan Barcelona itu telah menyentuhnya di bahagian bawah seluar dalam tanpa kebenarannya di kelab malam Barcelona pada malam 30 Disember.

Sambil ditemani rakan-rakannya, wanita itu kemudiannya melaporkan kejadian tersebut kepada kakitangan keselamatan kelab malam berkenaan dan seterusnya memaklumkan kepada pihak polis.

Pegawai polis tiba di tempat kejadian dan mengambil kenyataan daripada wanita itu. Mangsa dilaporkan telah memfailkan aduan rasmi untuk serangan seksual pada 2 Januari lalu.

Dani memberitahu Antena 3 dalam sebuah temu bual awal bulan ini bahawa dia berada di kelab itu bersama orang lain dan menafikan sebarang kelakuan yang didakwa tersebut.

“Saya menari dan berseronok tanpa menceroboh ruang peribadi sesiapa. Saya tidak kenal siapa wanita itu. Bagaimana saya boleh berbuat demikian kepada seorang wanita?,” kata Dani dalam temu bual berkenaan.

Dani telah bermain untuk Barcelona dari 2008 hingga 2016 dan kembali semula bersama pasukan tersebut untuk musim 2021/2022.

Dia juga telah bermain untuk pasukan kebangsaan Brazil sejak 2006 dan membuat sebanyak 126 penampilan dengan menjaringkan lapan gol.

Pemain berusia 39 tahun itu adalah pemain kedua paling banyak beraksi di Brazil, setelah membuat 126 penampilan untuk negaranya. Dani menghabiskan hampir sedekad di Barcelona dari 2008 hingga 2016 sebelum berpindah ke Juventus.

Sejak lima tahun lalu, dia telah bermain untuk kelab Turin, Paris Saint-Germain dan Sao Paulo sebelum kembali ke Barcelona untuk berkhidmat pada 2021.

Sumber: Sky Sports

The post Didakwa Lakukan Serangan Seksual, Mahkamah Perintah Dani Alves Dipenjara Tanpa Ikat Jamin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*