Bayar RM3.36 juta demi kucing, warga emas ditipu rakan atas talian

Warga emas berusia 58 tahun mengalami kerugian sebanyak RM3.36 juta setelah menjadi mangsa penipuan atas talian.

Wanita yang berkhidmat sebagai naib presiden di sebuah syarikat fesyen di Hong Kong itu telah membuat 40 transaksi menggunakan mata wang bitcoin.

Penipuan tersebut bermula dengan kehadiran seekor kucing yang menawan hati warga emas terbabit.

Mula berkenalan dan berhubungan di aplikasi Whatsapp, scammer itu berjanji ingin menghadiahkan seekor kucing kepadanya.

Wanita itu cuma diarahkan untuk menanggung kos penghantaran dan pembayaran insurans dalam bentuk bitcoin.

Tidak lama kemudian, dia dimaklumkan bahawa anak kucing tersebut mati dalam perjalanan dan dia layak menuntut insurans yang dibayarnya.

Namun begitu, untuk menuntut insurans itu, dia perlu membayar ‘yuran pengurusan’ terlebih dahulu kepada syarikat penghantaran.

Terpedaya, warga emas itu bertindak membuat transaksi sebanyak 40 kali berjumlah lebih HK$6 juta atau RM3.36 juta.

Dia kemudian tersedar bahawa dirinya telah ditipu apabila diminta untuk membayar lebih banyak wang dan melaporkannya ke pihak polis.

“Berhati-hati dan jangan percaya orang yang tidak dikenali di atas talian yang meminta wang anda untuk sebarang sebab.

“Sahkan identiti mereka terlebih dahulu,” kata polis Hong Kong dalam satu kenyataan rasmi bagi memberi amaran mengenai penipuan alaf baru itu.

Baca juga: Wanita diabaikan suami kerana sibuk berpoligami, Puteri Sarah luah hasrat nak bantu

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*