Dikecam Hebat Oleh Netizen Kerana Buruk, Tanglung Arnab Gergasi Terpaksa Diturunkan

Dikecam Hebat Oleh Netizen Kerana Buruk, Tanglung Arnab Gergasi Terpaksa Diturunkan

Sebuah tanglung arnab gergasi di barat daya China terpaksa diturunkan selepas ramai pengguna internet mengadu ia terlalu hodoh, lapor BBC.

Tanglung itu diletakkan di Dataran Sanxia di Chongqing, sebuah bandar yang dihuni sekitar 30 juta orang penduduk untuk meraikan Tahun Baru Cina yang bakal tiba.

“Arnab itu mempunyai kening yang tebal dan kelihatan seperti lelaki dengan ekspresi muka yang serius. Adakah ini arnab perayaan?” kata seorang pengguna di aplikasi permesejan WeChat.

Dalam zodiak Cina, tahun 2023 merupakan Tahun Arnab. Haiwan tersebut dianggap sebagai haiwan yang comel dan lembut dalam budaya Cina.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Pengguna internet mengatakan tanglung arnab di dataran itu terlalu hodoh dan memalukan. Selepas menerima banyak aduan, kami meminta seseorang untuk menurunkannya,” kata Jawatankuasa Pengurusan Daerah Komersial Dataran Sangxia kepada media tempatan Honxin News.

Lebih buruk lagi, seorang pengguna WeChat turut mengatakan bahawa tanglung tersebut kelihatan seperti jembalang arnab, lapor BBC.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang berpendapat bahawa tanglung itu tidak perlu ditanggalkan kerana ia kelihatan seperti lampu tradisional.

Selain tanglung arnab, terdapat juga aduan yang diterima terhadap salah satu setem khas untuk Tahun Arnab yang dikeluarkan oleh China Post pada awal bulan ini.

Gambar: China Daily

Menurut BBC, setem tersebut memaparkan arnab berwarna biru dan bermata merah yang memegang sebatang pen serta sehelai kertas, tetapi pengguna internet menyifatkan ia sebagai setem yang menakutkan dan mengerikan.

Difahamkan ia direka khas oleh pelukis terkenal Huang Yongyu, yang juga mencipta setem zodiak pertama negara pada 1980.

Salah satu lukisannya dijual pada harga 19.3 juta Hong Kong dolar (RM10.6 juta) pada 2017.

Namun begitu, setem kontroversi itu telah habis dijual pada hari pertama jualan dan harganya meningkat tiga kali ganda, menurut media tempatan.

Sumber: BBC

The post Dikecam Hebat Oleh Netizen Kerana Buruk, Tanglung Arnab Gergasi Terpaksa Diturunkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*