Dipercayai Tak Mampu Jaga, Lelaki Didakwa Buang Isteri Hidap Stroke Dalam Hutan

Seorang suami didakwa tergamak membuang isterinya yang terlantar sakit akibat stroke dalam hutan, dalam kejadian yang berlaku di Indonesia.

Memetik Tribunnews, kejadian tersebut menjadi bualan netizen selepas seorang individu memuat naik kisah tersebut di laman Facebook miliknya pada 9 Ogos 2022 lalu.

Menerusi gambar yang dimuat naik, kelihatan seorang wanita yang tengah duduk di bawah sebatang pokok besar dengan hanya beralaskan sehelai kain.

Difahamkan, wanita tersebut berasal dari Desa Lewo Baru Kecamatan Malangbong ditemui di sebuah kawasan hutan Cikampek.

Menurutnya, dia telah tiga hari ditinggalkan oleh suami dan telah dibawa keluar dari kawasan tersebut serta dibawa di pejabat perhutanan.

“Jika ada sesiapa yang mengenali beliau sama ada jiran dan sebagainya, minta jasa baik kalian untuk menghubungi keluarganya, terima kasih,” tulis Andree, lapor Tribunnews.

Dalam pada itu, ketua Kampung Lewo Wetan, Nova Wylian mengaku Ikah merupakan penduduk di kampungnya. Namun, menurutnya dia dan suaminya telah berpindah ke Cianjur.

Memetik Tribunnews, wanita warga emas itu ditinggalkan dipercayai kerana si suami sudah tidak sanggup lagi menjaganya.

Mangsa dilaporkan telah dibawa ke hospital di wilayah Karawang untuk tujuan pemeriksaan kesihatan. Keluarga kepada wanita tersebut sudahpun maklum dengan laporan itu dan akan membawanya pulang ke rumah.

BACA: Wanita sangup upah 3 perempuan simpanan untuk gembirakan suami

Sumber: Tribunnews

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*