Disahkan Meninggal Dunia Tetapi Bernafas Semula Setengah Jam Kemudian

warga emas disahkan Meninggal Dunia

Seorang warga emas yang disahkan meninggal dunia di rumah jagaan telah dipindahkan ke rumah pengebumian sebelum dipercayai bernafas semula dalam kejadian yang berlaku di New York, lapor The Mirror.

Wanita berkenaan berumur 82 tahun merupakan penduduk di Pusat Pemulihan dan Kejururawatan Water’s Edge yang telah ‘disangka’ meninggal dunia oleh kakitangan di sana.

Susulan itu, dia telah dipindahkan dari rumah jagaan di Long Island, Negeri New York, ke Rumah Pengebumian OB Davis, pada pukul 11.15 pagi, Sabtu lalu sebelum ditemui kembali bernafas setengah jam kemudian. 

Disebabkan itu, dia telah dibawakan ke hospital untuk rawatan susulan.

warga emas disahkan Meninggal Dunia
Kredit: The Mirror

Malah, kejadian yang serupa berlaku di Pusat Penjagaan Khas Alzheimer Glen Oaks di Des Moines, Iowa pada 3 Januari lalu di mana wanita berusia 66 tahun telah disahkan meninggal dunia.

Wanita tersebut dipercayai mengalami demensia awal, kebimbangan dan kemurungan serta telah berasa dalam penjagaan hospis (terma penjagaan pesakit kronik ) sejak 28 Disember lalu.

Bagaimanapun, wanita tersebut yang telah disahkan meninggal dunia kemudian dimasukkan ke dalam beg mayat berzip dan dibawa ke Rumah Pengebumian & Krematorium Ankeny.

Lebih mengejutkan apabila dia dibawa ke Hospital Mercy West Lakes di mana dia memang didapati bernafas tetapi tidak bergerak balas sama sekali.

Disebabkan itu, rumah jagaan tersebut turut dikenakan denda sebanyak Rm43,000 ($10,000) selepas rumah pengebumian itu mendapati wanita yang dihantar dalam beg mayat masih hidup.

Menurut The Mirror, seorang kakitangan di Glen Oaks yang bertugas melaporkan kepada jururawat lain pada 3 Januari bahawa wanita tersebut tidak bernafas malah nadinya juga berhenti.

Tidak hanya itu, dia juga memeriksa nadinya lebih kurang lima minit sebelum mengesahkan bahawa wanita tersebut telah meninggal dunia kira-kira pada 6:30 pagi, sekitar 90 minit selepas laporan pertama dibuat.

Seorang pekerja di rumah pengebumian dan jururawat bertanggungjawab memasukkan wanita itu ke dalam beg mayat juga tidak menemui tanda-tanda bahawa dia masih hidup.

Disebabkan wanita tersebut didapati masih bernafas, dia dikembalikan ke rumah penjagaan sebelum disahkan meninggal dunia pada 5 Januari lalu.

 

Sumber: The Mirror

The post Disahkan Meninggal Dunia Tetapi Bernafas Semula Setengah Jam Kemudian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*