Disindir Netizen Kerana Gelar Charles & Keith Mewah, Remaja Dijemput Ke HQ Jumpa Pengasas Syarikat

Gelar Charles & Keith Mewah

Disindir Netizen Kerana Gelar Charles & Keith Mewah, Remaja Dijemput Ke HQ Jumpa Pengasas Syarikat

Sebuah syarikat fesyen kasut, beg dan aksesori di Singapura bernama Charles & Keith telah menjadi bualan ramai selepas seorang remaja dikecam kerana menggelar jenama tersebut sebagai jenama ‘mewah’ sehingga tular di media sosial, lapor Mothership.

Remaja yang dikenali sebagai Zoe itu mendapat kecaman selepas memuat naik satu video yang memaparkan dia menerima hadiah beg Charles & Keith daripada bapanya dan menganggap ia sebagai barangan ‘mewah’.

Zoe kemudiannya menjelaskan bahawa dia bukan dari keluarga yang kaya dan menganggap bahawa beg Charles & Keith itu sebagai barang berjenama untuknya dan keluarganya.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Video penjelasan tersebut mendapat pujian dan sokongan oleh orang ramai kerana dia dikatakan telah mempamerkan kematangannya dalam menangani situasi di media sosial.

Gambar: TikTok Zohtaco

Bukan itu sahaja, remaja Singapura yang berusia 17 tahun itu dikhabarkan telah dijemput untuk bertemu dengan pengasas Charles & Keith.

Memetik Marketing Interactive, jurucakap dari Charles & Keith mengesahkan bahawa syarikat tersebut telah menjemput Zoe dan ayahnya untuk bertemu pengasas syarikat dan makan tengah hari serta mengadakan lawatan ke ibu pejabat (HQ) syarikat tersebut, lapor Mothership.

“Kami benar-benar tersentuh dengan Zoe selepas melihat video itu dan bagaimana cara dia menangani situasi tersebut,” kata jurucakap syarikat berkenaan.

Menurut Zoe, dia terkejut apabila video dimuat naiknya menjadi tular kerana tidak menjangka ia akan mendapat perhatian begitu ramai.

“Sekarang, saya berasa sungguh bertuah kerana banyak memberi saya pengajaran yang berguna,” kata Zoe kepada Mothership.

Zoe menambah walaupun mempunyai pengalaman hidup yang berbeza, pasti akan sentiasa ada seseorang yang akan memahami.

“Kadang-kadang sukar untuk mengingati bahawa nilai adalah subjektif dan perspektif kita mungkin tidak selalunya sejajar, tetapi saya percaya kita harus sentiasa berusaha,” kata Zoe.

Bukan sahaja syarikat Charles & Keith yang menghubungi Zoe, malah sebuah restoran ramen, Takagi Ramen juga telah menawarkan baucar 80 Singapura dolar (RM262) kepada remaja tersebut.

@zohtaco

thank you takagi ramen for the treat! eternally grateful

♬ Paris – Taylor Swift

Sumber: Mothership

The post Disindir Netizen Kerana Gelar Charles & Keith Mewah, Remaja Dijemput Ke HQ Jumpa Pengasas Syarikat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*