Diskaun Bayaran Balik PTPTN Selama Tiga Bulan Bermula Mac

Diskaun bayaran balik PTPTN

Diskaun Bayaran Balik PTPTN Selama Tiga Bulan Bermula Mac

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan bermula 1 Mac ini, sehingga 20 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan, kerajaan juga bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ringgit ke bawah, untuk tempoh enam bulan.

“Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2023,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Anwar berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi akan diperuntukkan RM15.3 bilion dalam Belanjawan 2023 berbanding RM14.5 bilion pada 2022, antaranya sejumlah RM436 juta ringgit disediakan bagi membaik pulih infrastruktur dan menggantikan peralatan usang yang tidak lagi ekonomik di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Sejumlah RM35 juta juga tersedia sebagai dana untuk meningkatkan kesalinghubungan internet di institusi pendidikan tinggi Malaysia di bawah program Malaysian Research & Education Network (MYREN).

Sumber: BERNAMA

The post Diskaun Bayaran Balik PTPTN Selama Tiga Bulan Bermula Mac appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*