Ditahan Polis, Bapa Beri Alasan Belajar Hisap Dadah Daripada Anak

Bapa Beri Alasan Belajar Hisap Dadah Daripada Anak

Ditahan Polis, Bapa Beri Alasan Belajar Hisap Dadah Daripada Anak

GURUN — Dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit oleh pihak berkuasa, seorang bapa memberikan alasan bahawa dia belajar menghisap dadah daripada anaknya selepas ditahan pada Khamis.

Menurut Sinar Harian, serbuan berkenaan turut berjaya menahan anak mangsa yang berusia 26 tahun bersama penagih lain.

Pada awalnya, individu berusia 53 tahun itu mengaku mengalami stress akibat bercerai dengan bekas isterinya sebelum mula belajar mengambil bahan terlarang itu daripada anak lelakinya.

Dalam pada itu, seorang datuk kepada lima cucu mendakwa dia terpaksa menggunakan laluan tersebut bagi membeli roti canai dalam serbuan berasingan di sebuah ladang kelapa sawit.

Bagaimanapun, operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda bertindak menahan lelaki terbabit selepas helah yang digunakan tidak diterima.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata seramai 48 penagih dadah berjaya ditahan termasuk seorang wanita dalam  dua serbuan, lapor Sinar Harian.

Tambahnya, heroin seberat 26.15 gram yang bernilai RM915 dan syabu seberat 1.2 gram bernilai RM120 berjaya dirampas oleh pihak polis.

“Kawasan ini sudah beberapa kali diserbu, namun penagih dadah tidak serik serta masih menjadikan lokasi itu untuk mendapatkan bekalan,” jelasnya.

Difahamkan, penagih dari pelbagai daerah menjadikan lokasi ladang kelapa sawit yang bersempadan Yan dan Pendang sebagai tumpuan mereka melepas gian.

Sumber: Sinar Harian 

BACA JUGA: Bapa Disyaki Tanam Anak Tepi Jalan Selepas Dera Sehingga Mati

The post Ditahan Polis, Bapa Beri Alasan Belajar Hisap Dadah Daripada Anak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*