Connect with us

Semasa

DJ Radio Terlibat Kontroversi Video Viral Digantung Tugas, HITZ Sarawak Mohon Maaf


Saluran radio tempatan HITZ Sarawak telah meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia atas di atas isu yang telah tular di media sosial sejak semalam.

“HITZ komited untuk menghiburkan dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia, kami dengan tulus meminta maaf atas tindakan yang dilakukan oleh penyampai kami dalam video yang tular itu.

“Kami memandang serius perkara ini dan akan melakukan siasatan dalaman,” kata kenyataan itu.


Tambah kenyataan itu lagi, penyampai tersebut telah digantung tugas sementara waktu.

Ramai orang benar-benar ingin menjadi popular dengan cara yang tidak masuk akal dan akibat tindakan kurang bijak, ada yang kena gantung kerja malah hilang kerja terus!

Begitu juga dengan tingkah laku DJ radio yang dikritik hebat kerana mentertawakan seorang guru yang berbahasa Inggeris semasa mengajar subjek Sains tahun 2, yang disiarkan di saluran TV Didik.

Tindakannya memuat naik video TikTok mendapat kritikan hebat dari pengguna internet kerana ramai yang terkilan dengan cara dia ketawa, seolah-olah hina sangat guru tu cakap English.

Setelah dikecam hebat netizen, DJ tersebut dipercayai telah memadam video berkenaan.

Ramai berharap pihak pengurusan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadapnya. Apa yang dia lakukan adalah tidak sopan dan sangat biadap, tidak sepatutnya dia menjadikan bahan di TikTok.

Sumber: Hitzsarawak, Netizen TV

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags