Connect with us

Global

Doktor jual bayi baru lahir setelah ibubapanya tidak dapat membayar bil hospital


Polis menyerbu sebuah hospital setelah mendapat maklumat seorang doktornya menjual bayi yang baru lahir setelah ibu bapanya memaklumkan bahawa mereka tidak dapat membayar bil perubatan.

Siasatan awal mendapati bahawa sebaik sahaja bayi dilahirkan di Tulamba, Pakistan, mereka segera diberi bil perubatan oleh pihak hospital.

Terkejut melihat jumlah caj yang dikenakan, mereka segera memberitahu pihak hospital bahawa mereka tidak dapat membayar bil tersebut. Doktor kemudian mengambil bayi itu dan menjualnya kepada pasangan yang sudah berkahwin yang tidak mampu memiliki anak sendiri.


Menurut pasangan itu, mereka tidak tahu bahawa hospital akan mengenakan bayaran perubatan yang terlalu tinggi untuk menyambut layanan kelahiran.

Pasangan itu dimaklumkan bahawa bayi mereka telah dijual kepada seorang lelaki bernama Faisal, dan mereka terus buat laporan polis yang kemudian datang ke hospital untuk pemeriksaan.

Selepas perbincangan, anak itu dikembalikan kepada ibubapanya dan doktor ditahan untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibebaskan. Pihak hospital juga menuntut agar pasangan tersebut tidak buat pendawakaan kepada pihak hospital.

Tidak dijelaskan berapa jumlah bil yang perlu dibayar dan berapa Faisal bayar untuk membeli bayi tersebut.

Sumber: Daily Star

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags