Dua beranak ditahan bantu siasatan kes pukul pengetua maahad tahfiz

IPOH: Seorang lelaki warga emas dan anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan kes pukul pengetua sekolah maahad tahfiz di Kampung Sri Kinta di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dua beranak berusia 70 dan 30 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Warga emas itu telah diberikan jaminan polis manakala anak lelakinya direman selama sehari.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Menerusi laporan media semalam, seorang pendakwah terkenal yang juga pengetua maahad tahfiz cedera di kaki setelah dipukul waris seorang remaja yang dipercayai menceroboh masuk ke dalam kawasan maahad tahfiz tersebut.

Difahamkan, kejadian pencerobohan itu membabitkan beberapa orang luar yang mahu bermain bola dan insiden itu juga bukan pertama kali berlaku. – UTUSAN

The post Dua beranak ditahan bantu siasatan kes pukul pengetua maahad tahfiz appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*