Dua Maut Akibat Keracunan Makanan Selepas Jamah Belangkas

maut jamah belangkas

Dua Maut Akibat Keracunan Makanan Selepas Jamah Belangkas

Pegawai kesihatan di wilayah tenggara Trat, Thailand mengeluarkan amaran kepada orang ramai selepas dua mangsa maut akibat makan belangkas, lapor The Thaiger.

Menurut laporan itu lagi, lima yang lain turut dimasukkan ke hospital selepas memakan hidupan laut beracun yang membawa maut tersebut.

Difahamkan bahawa, belangkas adalah makanan ruji di rantau itu, tetapi belangkas yang hidup di paya bakau adalah sangat berbahaya dan mempunyai toksik yang tinggi.

Kesemua mangsa dilaporkan telah memakan belangkas paya bakau tersebut sebelum mengalami keracunan makanan.

Bagi mengelakkan kes keracunan yang sama berulang, pegawai kesihatan Trat telah menerbitkan infografik bagi membantu orang ramai membezakan antara dua spesies.

Pegawai kesihatan turut menasihati penduduk supaya berhati-hati untuk mengesan dan membezakan bentuk ekor belangkas tersebut sebelum memakannya.

Peniaga restoran juga turut disyorkan untuk mempelbagaikan pilihan yang lebih selamat daripada memakan belangkas.

Selain itu, pegawai kesihatan juga menggesa orang ramai untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika mengalami gejala selepas memakannya.

Dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala

Gejala tersebut termasuklah muntah-muntah, kesukaran berjalan atau tidak sedarkan diri.

Kejadian yang berlaku baru-baru ini bukanlah yang pertama seumpamanya berlaku di Thailand.

Pada 2020, seorang wanita di Phuket meninggal dunia selepas menangkap dan memasak belangkas di rumahnya.

Tragedi itu telah memberikan gambaran bahawa kepentingan untuk mengenali dengan betul dan berhati-hati sewaktu menjamah makanan yang jarang dimakan.

Kredit The Thaiger

Makanan laut adalah makanan ruji di Thailand, dan ia kebiasaannya selamat untuk dimakan. Namun masih terdapat beberapa insiden menyebabkan kematian akibat daripada pengambilan makanan laut yang bertoksik.

Pada 2019, seorang lelaki berusia 35 tahun di wilayah Trang meninggal dunia selepas memakan ikan buntal, makanan istimewa di Thailand yang mengandungi toksik maut.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Lelaki itu dilaporkan telah menangkap ikan itu sendiri dan memasaknya sebagai hidangan dirumahnya sendiri.

Dalam kejadian lain, pada 2018 dua orang dilaporkan maut dan berpuluh yang lain dimasukkan ke hospital selepas memakan kerang toksik di wilayah Phang Nga.

Kerang itu dipercayai telah dicemari dengan toksik alga yang membebaskan toksin yang boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian jika dimakan.

Sumber: The Thaiger

The post Dua Maut Akibat Keracunan Makanan Selepas Jamah Belangkas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*