Dua Maut, Satu Cedera Motosikal Bertembung Di Yan

dua maut motosikal yan

Dua Maut, Satu Cedera Motosikal Bertembung Di Yan

ALOR SETAR, 8 Mei (Bernama) — Dua penunggang motosikal maut manakala seorang pembonceng cedera dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap, dekat Yan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata dalam kejadian kira-kira 9.15 malam itu, mangsa yang maut ialah Mohd Khatib Sharbini Tajuddin, 41, dan Nur Aina Ellysya Abdul Hadi, 13, manakala adiknya, Nur Aina Syafiqa Abdul Hadi, 11, mengalami kecederaan.

“Kejadian berlaku ketika Mohd Khatib Sharbini yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Sungai Limau Dalam menghala ke Kampung Bahagia manakala Nur Aina Ellysya bersama adiknya yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Kampung Bahagia menghala ke Sungai Limau Dalam.

“Tiba di tempat kejadian, motosikal dua beradik itu telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggangi Mohd Khatib Sharbini. Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shahnaz Akhtar berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis sedang mengesan saksi kejadian itu.

BACA: Hasrat Wanita Hamil Mengidam Nak Naik Motosikal Polis Ditunaikan

Motosikal Bertembung, Dua Remaja Dilapor Maut

Gambar: Polis Daerah Kota Tinggi

Sebelum ini, media melaporkan dalam satu kemalangan di Jalan Utama Felda Air Tawar 4, dua remaja berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan motosikal lain semalam.

Difahamkan, kedua-dua remaja lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam.

Kemalangan maut itu melibatkan dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 ZR.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 ZR dari Felda Air Tawar 4 menghala ke Felda Air Tawar 5.

“Bagaimanapun, motosikal mangsa telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lagi motosikal jenis Yamaha Y15 ZR dari arah bertentangan secara depan dengan depan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Dua Maut, Satu Cedera Motosikal Bertembung Di Yan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*