Dua Mayat Dilapor Ditemui Di Ruang Gear Pendaratan Pesawat

Mayat Dua Penumpang Tanpa Izin Ditemui Di Bawah Pesawat

Dua Mayat Dilapor Ditemui Di Ruang Gear Pendaratan Pesawat

BOGOTA — Dua mayat dilaporkan telah ditemukan di bahagian bawah pesawat Avianca sewaktu penyelenggaraan di Colombia pada Sabtu lalu.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan, Avianca berkata pesawat Avianca AV116  dengan nombor pendaftaran N765AV telah melakukan penerbangan dari Santiago, Chile pada Jumaat jam 7.56 petang waktu tempatan sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa El Dorado Bogota pada jam 4.26 petang.

Sewaktu penyelenggaraan pesawat, kakitangan syarikat penerbangan telah menemukan dua mayat di dalam ruang gear pendaratan pesawat berkenaan.

“Protokal keselamatan telah dikeluarkan serta-merta dan pihak berkuasa Colombia serta Chile akan menjalankan siasatan bagi kes tersebut.

“Kami akan bekerjasama dengan pihak pengurusan lapangan terbang dan pihak berkuasa tempatan bagi memberi penjelasan serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang,” maklum Avianca dalam satu kenyataan.

Susulan itu, pihak Avianca menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga kedua mayat berkenaan dan syarikat penerbangan itu menambah akan membuat pemeriksaan awal bagi setiap pesawat terlebih dahulu kerana ia merupakan tanggungjawab pihak berkuasa dan pengurusan lapangan terbang.

Sementara itu, Pejabat Peguam Negara tempatan telah bertindak memindahkan mayat berkenaan ke bilik mayat untuk proses selanjutnya.

“Ia adalah perkara biasa dalam penerbangan awam apabila penumpang tanpa izin (penyusup) akan bersembunyi di ruang simpanan atau kotak gear pesawat sama seperti kes ini,” kata Pejabat Peguam Negara.

Sumber: Avianca online

The post Dua Mayat Dilapor Ditemui Di Ruang Gear Pendaratan Pesawat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*