Dua Rakan Didakwa Bunuh Ahli Perniagaan

dua rakan ahli perniagaan

Dua Rakan Didakwa Bunuh Ahli Perniagaan

KAJANG, 8 Mei (Bernama) — Dua rakan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ahli perniagaan yang mayatnya ditemukan dalam sebuah bagasi di gaung berketinggian 27 meter di Hulu Langat, dekat sini.

Pemandu perkhidmatan e-hailing (tertuduh pertama), 41 dan penganggur (tertuduh kedua), 22, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan, di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama membunuh Mohamed Usman Chan Bacha, 41, di kawasan tebing curam, tepi jalan Sungai Tekali, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini antara 12.45 tengah hari, 26 April dan 6.40 petang, 28 April lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim, tertuduh pertama diwakili peguam Kenny Tan Cheng Yee manakala rakannya tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Sumber: BERNAMA

BACA: Motosikal Bertembung, Dua Remaja Dilapor Maut

The post Dua Rakan Didakwa Bunuh Ahli Perniagaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*