Dua Remaja Pakistan Nekad Lari Rumah, Semata Nak Jumpa BTS Di Korea Selatan

Nak Jumpa BTS

Dua Remaja Pakistan Nekad Lari Rumah, Semata Nak Jumpa BTS Di Korea Selatan

Dua remaja Pakistan yang cuba melarikan diri dari rumah untuk ke Korea Selatan bertemu dengan kumpulan K-pop BTS berjaya ditemui polis, lapor Hindustan Times.

Remaja berusia 13 dan 14 tahun yang dilaporkan hilang itu berjaya ditemui polis pada Selasa kira-kira 1200 kilometer (km) dari rumah mereka di Lahore.

Menurut laporan, kedua-dua remaja tersebut melarikan diri dari rumah kerana ingin bertemu kumpulan BTS di Korea Selatan.

Memetik Hindustan Times, remaja tersebut telah hilang dari bandar mereka pada hari Sabtu, kata Supritendan Kanan Polis, Abraiz Ali Abbasi.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Semasa menggeledah rumah mereka, polis telah menemui sebuah diari yang mengandungi perancangan mereka untuk ke Korea Selatan dan bertemu dengan kumpulan BTS, kata Abraiz dalam satu laporan.

“Daripada diari itu kami melihat terdapat jadual kereta api dan mereka telah merancang untuk melarikan diri dengan seorang lagi rakan mereka yang kami telah soal siasat kemudiannya,” kata Abraiz.

“Kami mula menjejaki mereka secara agresif dan mendapati mereka berada dalam tahanan polis di bandar Lahore di mana mereka telah menuju ke sana menaiki kereta api,” jelasnya.

Kedua-dua remaja itu akan dibawa pulang ke rumah mereka di Karachi dan pengaturan yang diperlukan telah dibuat oleh pihak polis.

Sementara itu. Abraiz juga turut menasihati orang ramai untuk memantau skrin anak-anak mereka untuk mengetahui apa yang anak-anak mereka lihat di internet, lapor Hindustan Times.

BTS adalah kumpulan K-pop yang paling popular di Korea Selatan. Mereka mempunyai populariti yang besar di seluruh dunia, termasuk Pakistan dan India.

BTS terdiri daripada RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook. Kumpulan ini juga dikenali sebagai Bangtan Boys.

Mereka membuat penampilan sulungnya pada tahun 2013 di bawah agensi Big Hit Entertainment dengan mengeluarkan beberapa album.

Pada masa ini, ahli kumpulan BTS sedang memberi tumpuan kepada kerjaya solo.

Walaupun ahli mereka iaitu Jin sedang menjalani perkhidmatan ketenteraan wajib di Korea Selatan selama 18 bulan bertugas, yang lain juga akan mengikutinya tidak lama lagi.

Mereka dikatakan akan bersatu semula sebagai satu kumpulan pada tahun 2025.

Sumber: Hindustan Times

The post Dua Remaja Pakistan Nekad Lari Rumah, Semata Nak Jumpa BTS Di Korea Selatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*