Duit Lesap, Sami 91 Tahun Meninggal Dunia Akibat Stres Lepas Dapat Tahu Kena “Scam”

Sami 91 Tahun Meninggal dunia Akibat Stres

Duit Lesap, Sami 91 Tahun Meninggal Dunia Akibat Stres Lepas Dapat Tahu Kena “Scam”

Seorang sami warga Thailand mengalami sawan sebelum meninggal dunia sejurus mengetahui dirinya menjadi mangsa scam sebanyak 5,000 baht (RM 647) di kuilnya di wilayah Nonthaburi, Thailand, lapor The Thaiger.

Seorang pegawai, Preecha Saeng-on, 35, dari kuil Wat Pak Nam di wilayah Nonthaburi telah memaklumkan bahawa sami yang berusia 91 tahun itu telah mengalami sawan dan akhirnya mati akibat tekanan selepas menjadi mangsa penipuan.

Rakaman CCTV yang dirakam pada pagi semalam menunjukkan seorang lelaki memakai topi keledar yang menunggang sebuah motosikal hijau berada di dalam kawasan kuil Wat Pak Nam.

Penipu itu dilihat mengetuk pintu kuaters sami tersebut dan bertukar-tukar wang sebelum lelaki itu beredar menaiki motosikalnya semula.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Sami itu kemudiannya menceritakan kepada para sami yang lain bahawa dia telah ditipu oleh lelaki berkenaan. Lelaki itu pada awalnya meminta untuk menukar wang kepada sami berkenaan yang bersetuju untuk berbuat demikian.

Mereka pun melakukan pertukaran tersebut dengan lelaki berkenaan menyerahkan sampul berwarna putih dan sami tersebut menyerahkan dompetnya kepada lelaki penipu berkenaan.

Lelaki penipu itu telah mengambil 5,000 daripada sami berkenaan dan sewaktu sami tersebut melihat isi dalam sampul putih yang diberikan ternyata ianya kosong.

Sami itu telah menyalahkan dirinya sendiri dan mengatakan bahawa dia mungkin tidak cukup berhati-hati. Pada usia 91 tahun dan sebelah matanya telah buta, jelas bahawa penipu itu telah lama mensasarkan golongan yang mudah ‘dimakan’.

Sami tersebut turut memberitahu Preecha bahawa lelaki berkenaan mungkin orang yang sama telah menipunya sebelum ini.

Pada Oktober tahun lalu, Sami berkenaan pernah memfailkan aduan di Balai Polis Mueang Nonthaburi selepas menjadi mangsa penipuan. Pada ketika itu, dia telah ditipu sebanyak 3,000 baht.

Sami berkenaan dikatakan mengadu pening kepala pada pukul 8.30 pagi dan menjelang 8.46 pagi dia telah diserang sawan dan tidak sedarkan diri.

Para sami yang lain telah memberikan bantuan CPR kepada sami tersebut sementara menunggu ketibaan ambulans. Bagaimanapun, sami itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital pada pagi semalam.

Sami dan penganut Buddha awam di kuil itu berkata, mereka yakin bahawa punca kematian sami tersebut adalah disebabkan tekanan yang disebabkan oleh penipuan lelaki terbabit.

Preecha berkata dia memanggil media untuk membuat liputan supaya kuil lain berhati-hati dengan taktik penipuan tersebut.

Sumber: The Thaiger

The post Duit Lesap, Sami 91 Tahun Meninggal Dunia Akibat Stres Lepas Dapat Tahu Kena “Scam” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*