Dulu Diburu Hingga Hampir Pupus, “King Penguin” Kini Dilapor Terancam Akibat Perubahan Iklim

Kini "King Penguin" Terancam Akibat Perubahan Iklim

Dulu Diburu Hingga Hampir Pupus, “King Penguin” Kini Dilapor Terancam Akibat Perubahan Iklim

PERANCIS — Setelah diburu sehingga berada di ambang kepupusan, ribuan penguin jenis ‘King Penguin atau Raja Penguin’ kini berdepan satu lagi ancaman baharu iaitu perubahan iklim.

Memetik AFP, burung tersebut difahamkan sering berkumpul di sebuah pulau terpencil, Pulau Possession setiap tahun.

Pakar dalam Penguin di Universiti Tunku Finland, Robin Cristofari berkata, dia sering melihat koloni haiwan itu berkumpul di teluk pulau berkenaan.

“Spesies ini hampir berada di ambang kepupusan selepas dibunuh oleh pemburu anjing laut sejak akhir abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20,” katanya.

Tambah Robin lagi, sekiranya pemburu tiada sumber anjing laut untuk dibunuh, mereka menjadikan penguin sebagai bahan bakar bagi membakar dan mencairkan lemak anjing laut.

Kini "King Penguin" Terancam Akibat Perubahan Iklim
Gambar: PATRICK HERTZOG / AFP

Dalam pada masa yang sama, mereka turut menghasilkan minyak penguin namun tidak berkualiti.

Susulan itu, populasi King Penguin semakin berkurangan pada pertengahan abad ke-20.

Bagaimanapun, bilangan haiwan itu kembali meningkat selepas 20 tahun kemudian.

“Selepas mengatasi cabaran pertama, spesis itu kini berdepan dengan halangan kedua yang jauh lebih berbahaya, perubahan iklim.

“Kami tidak risau dengan spesis itu kerana populasinya tidak akan pupus dalam tempoh masa 50 tahun akan datang. Namun, yang menjadi masalah adalah faktor persekitaran yang boleh terganggu,” katanya lagi.

Pada bulan Januari, kawasan di bahagian kutub biasanya terletak kira-kira 350 kilometer (sekitar 220 batu) di selatan kepulauan Crozet. Walau bagaimanapun, tahun demi tahun yang panas ia boleh mencapai jarak sehingga 750 kilometer jauhnya.

“Kejayaan pembiakan secara langsung berkait rapat dengan faktor jarak dari bahagian depan kutub, ” jelas Robin.

Apa yang menggusarkan adalah haiwan itu tidak dapat lagi untuk mendiami Kepulauan Crozet dalam tempoh terdekat bagi proses pembiakan ekoran perubahan iklim yang didorong oleh manusia.

Tambahan lagi, penguin itu tidak dapat terbang dan kebanyakan pulau tidak dapat menampung koloni pembiakan dalam jumlah yang besar.

Beliau yang merupakan seorang pengarang dalam sebuah kajian pada 2018 mendapati berlaku pemanasan global di kawasan haiwan tersebut yang berkemungkinan akan menyebabkan kepupusan King Penguin sehingga 70 peratus pada akhir abad ini.

Polar Front

Kini "King Penguin" Terancam Akibat Perubahan Iklim
Gambar: PATRICK HERTZOG / AFP

King Penguin atau Raja Penguin memiliki ketinggian satu meter tinggi (tiga kaki ) dan berwarna hitam putih pada badan serta berwarna oren terang pada leher dan paruhnya.

Tambahan lagi, haiwan ini juga dianggarkan mempunyai jangka hayat selama 25 tahun dan ia dapat melahirkan anak pada umur kira-kira enam atau tujuh tahun.

Untuk pengetahuan, burung-burung itu sebahagian besar hidup di kawasan laut namun datang dengan hampir separuh populasi di dunia ke pulau di selatan kepulauan Crozet di Lautan Hindi pada bulan Disember sewaktu musim mengawan.

Dianggarkan jarak penghijrahan haiwan itu kira-kira separuh jalan antara Antartika dan hujung Tenggara Afrika.

Haiwan ini hanya kembali ke darat untuk membiak dan ia sangat teliti dalam memilih kawasan seperti kawasan yang kering tanpa ais laut di sekeliling pulau dan mempunyai pantai pasir atau batu kerikil yang licin serta sumber makanan yang banyak.

Mereka juga boleh ditemui berdekatan Antartika Polar Front yang kaya dengan ikan, sotong dan makanan laut yang lain.

Bermain dan ingin tahu

Kini "King Penguin" Terancam Akibat Perubahan Iklim
Gambar: PATRICK HERTZOG / AFP

Difahamkan, lebih daripada sejuta pasangan haiwan itu di seluruh dunia, kira-kira separuh daripadanya membiak di  Kepulauan Crozet.

Mereka kebiasaannya tiba di kepulauan itu pada awal November untuk memilih dan mengawan dengan pasangan mereka dan kekal setia selama setahun.

Sepanjang tempoh tersebut, Penguin jantan dan betina (pasangan) akan menjaga telur sehingga menetas.

“Mereka suka bermain dan ingin tahu untuk tinggal dalam kawanan yang besar di pulau-pulau itu namun, pada masa yang sama sangat berhati-hati dengan telur yang dijaga dan diletakkan antara celahan kaki,” katanya lagi.

Gambar: PATRICK HERTZOG / AFP

King Penguin juga berdikari dengan sentiasa bergilir-gilir bersama pasangannya untuk menghangatkan telur mereka.

Sementara itu, pasangan yang tidak menjaga telur atau anak akan keluar ke laut untuk mencari makanan.

Anak mereka akan dijaga sehingga Mei sebelum berpuasa sewaktu musim sejuk.

“Kitaran ini bergantung kepada masa untuk melatih anak penguin sebelum mula mencari makan sendiri terutamanya ketika puncak musim panas,” jelas Robin.

Sumber: France24 via AFP

The post Dulu Diburu Hingga Hampir Pupus, “King Penguin” Kini Dilapor Terancam Akibat Perubahan Iklim appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*