DUN Kedah Sebulat Suara Lulus RUU Anti Lompat Parti

Kedah RUU anti lompat parti

DUN Kedah Sebulat Suara Lulus RUU Anti Lompat Parti

ALOR SETAR — Seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan 2023) hari ini, lapor Astro Awani.

RUU itu melibatkan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah melompat parti.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Parti Perikatan Nasional Jeneri) telah membentangkan usul berkenaan. Ia turut disokong oleh Datuk Dr Mohd Hayati Othman dari Parti Perikatan Nasional Tokai.

Dalam pembentangan RUU berkenaan, salah seorang ADUN dari blok Kerajaan dan empat daripada pihak pembangkang telah terlibat sewaktu perbahasan.

Kesemua mereka merupakan Mohd Azam Abd Samat daripada Perikatan Nasional Sungai Limau (Kerajaan), Ketua Pembangkang, Datuk Zamri Yusuf daripada Pakatan Harapan Suka Menanti.

Selain itu, Datuk Norsabrina Mohd Noor daripada Barisan Nasional Bandar Baharu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Amiruddin Hamzah kedua-duanya daripada Parti Pejuang Jitra dan Anak Bukit.

Difahamkan, RUU itu akan diwartakan pada 1 April depan selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Badlishah.

Terdahulu, pada 28 Julai 2022, RUU Anti Lompat Parti telah diluluskan di Dewan Rakyat secara sebulat suara oleh 209 Ahli Parlimen.

Pada 31 Ogos lalu, ia telah diperkenan perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Ia telah berkuatkuasa secara rasmi pada 5 Oktober lalu.

BACA JUGA: Sultan Kedah Seru Kerajaan Persekutuan Sokong, Pertimbang Projek KXP

Pelantikan Ketua Pembangkang Baharu Kedah

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah yang baru, lapor Bernama.

Pelantikan tersebut telah disampaikan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat sebelum sesi pertanyaan lisan pada Persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman.

Beliau telah mula berkhidmat sejak 1 Februari lalu menggantikan Datuk Johari Abdul yang mengosongkan kerusi DUN Gurun pada Disember lepas.

Sewaktu mengumumkan perkara tersebut, Juhari memaklumkan bahawa kerusi bagi DUN Gurun akan kekal kosong sehingga tamat penggal ini.

Tambah bekas bekas pengerusi PKR itu, dia menjelaskan bahawa telah mengutuskan sepucuk surat kepada speaker DUN Kedah dan telah disahkan pada 13 Disember 2022 lalu.

Sumber: Astro Awani

The post DUN Kedah Sebulat Suara Lulus RUU Anti Lompat Parti appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*