Empat Maut & 49 Hilang, Lombong Arang Batu China Runtuh

Lombong Arang Batu China Runtuh

Empat Maut & 49 Hilang, Lombong Arang Batu China Runtuh

Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 49 hilang selepas lombong arang batu runtuh dalam kejadian yang berlaku semalam di Inner Mongolia China, memetik laporan The Independent. Manakala enam orang turut dilaporkan cedera.

Difahamkan, lombong yang dikendalikan oleh sebuah syarikat telah runtuh dengan kesan serpihan jatuh di sekitar 500 meter daripada lokasi kejadian.

Susulan itu, beratus-ratus anggota penyelamat bersama 60 jentera bomba serta enam anjing pengesan telah dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terperangkap.

Lombong Besar Runtuh Timpa Pekerja
Kredit: CCTV

Sementara itu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, mangsa cedera yang diselamatkan telah dibawa ke hospital. Sebanyak 15 buah ambulans dan 45 kakitangan perubatan turut terlibat dalam operasi SAR tersebut.

“Saya mula bekerja pada 1:15 tengah hari apabila saya menyedari bahawa batu jatuh dari gunung. Saya melihat keadaan semakin serius dan arahan berpindah dibuat namun sudah terlambat, gunung itu runtuh,” kata seorang saksi kejadian.

Memetik The Independent, video yang dikongsikan menunjukkan beberapa orang anggota penyelamat yang memakai baju jingga dilihat kerdil berbanding dinding serpihan besar sementara jengkaut membersihkan kawasan runtuhan.

Letupan lombong kerap berlaku

Dalam masa yang sama, Presiden China, Xi Jinping turut mengarahkan kerja-kerja menyelamat dilaksanakan dengan cekap.

“Usaha habis-habisan dalam operasi SAR demi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat serta mengekalkan kestabilan secara keseluruhan. Kita mesti melakukan segala usaha untuk menyelamatkan orang yang hilang dan merawat yang cedera,” katanya.

Perdana Menteri China, Li Keqiang turut menuntut punca runtuhan itu berlaku segera disiasat.

Bagaimanapun, operasi SAR ditangguhkan selama beberapa jam pada hari Rabu berikutan tanah runtuh berlaku pada sebelah petang.

Lombong Arang Batu China Runtuh
Kredit: The Independent

Sebelum ini, syarikat yang sama telah didenda ekoran pelbagai pelanggaran keselamatan. Antaraya adalah kesalahan akses tidak selamat ke permukaan perlombongan serta tempat simpanan yang tidak selamat.

Terdahulu, China diketahui sangat bergantung kepada arang batu sebagai sumber tenaga utamanya. Namun aktiviti perlombongan di negara itu berdepan dengan risiko kemalangan yang tinggi. Kes-kes kerap dilaporkan walaupun kerajaan menetapkan garis panduan operasi yang perlu dipatuhi.

BACA: 26 Tahun Berlalu, Singkap Intipati Belanjawan 1998 Dibentang Anwar

Sumber: The Independent

The post Empat Maut & 49 Hilang, Lombong Arang Batu China Runtuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*