Empat Termasuk Dua Kanak-Kanak Cedera Dalam Kebakaran

Empat Termasuk Dua Kanak-Kanak Cedera Dalam Kebakaran

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Empat termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kebakaran di sebuah apartmen di Desa Aman Puri, Kepong, di sini, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata mereka yang cedera merupakan dua wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 pagi melibatkan sebuah apartmen di tingkat satu di bangunan 12 tingkat yang didiami oleh tujuh penghuni warga tempatan. Semasa bomba tiba di tempat kejadian, kebakaran telah pun berjaya dipadam oleh orang awam.

“Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan sofa yang berada di ruang tamu sebelum merebak ke bahagian lain menyebabkan kerosakan lebih kurang 30 hingga 40 peratus di unit apartmen berkenaan,” katanya.

Norazam berkata mangsa yang mengalami kecederaan melecur di muka, tangan serta kaki dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

BACA: Setiap Pelancong Masuk Ke Thailand Kena Bayar Yuran RM 39 Bermula Jun Ini

Sumber: Bernama

— BERNAMA

The post Empat Termasuk Dua Kanak-Kanak Cedera Dalam Kebakaran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*