Enam Individu Nyaris Maut Kereta Dihempap Pokok Tumbang

Enam Individu Nyaris Maut Kereta Dihempap Pokok Tumbang

Enam Individu Nyaris Maut Kereta Dihempap Pokok Tumbang

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Enam individu nyaris maut selepas tiga kenderaan yang mereka naiki dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran susur masuk Lebuhraya MRR2 menghala ke Ampang, di sini ketika hujan lebat dan ribut hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, ketika kejadian enam mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dewasa dan tiga wanita dewasa itu menaiki tiga kenderaan berasingan jenis Perodua Alza, Perodua Myvi dan Proton Exora.

Jurucakap berkenaan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.19 petang tadi sebelum menghantar sebuah jentera serta lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi ke lokasi kejadian.

Katanya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan daripada kenderaan masing-masing dan berada dalam keadaan selamat.

“Bomba bersama-sama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menjalankan kerja-kerja memotong, mengalihkan dan membersihkan pokok tumbang tersebut,” katanya ketika dihubungi.

BACA: Lelaki Peluk Islam, Selepas Datang Masjid Mengadu Bunyi Bising Sembahyang Raya

Sumber: Bernama

The post Enam Individu Nyaris Maut Kereta Dihempap Pokok Tumbang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*