Enam Terbunuh Selepas Tali Layang-Layang Terjerut Leher

Enam Terbunuh Selepas Tali Layang-Layang Terjerut Leher

Sekurang-kurangnya enam orang maut selepas leher mereka terjerut tali layang-layang dalam festival layang-layang pada perayaan Uttarayan, lapor Daily Star.

Polis mengesahkan semalam bahawa tiga daripada mereka yang terbunuh semasa sambutan perayaan Uttarayan di Gujerat, India adalah kanak-kanak.

Seramai 176 orang lagi turut mengalami kecederaan akibat luka dan terjatuh ketika cuba menerbangkan layang-layang.

Menurut TribuneIndia, kejadian itu berlaku pada hujung minggu selepas orang ramai berpusu-pusu ke teres dan bumbung untuk menyaksikan perayaan tersebut.

Beberapa tali layang-layang yang tajam telah tersangkut pada leher mangsa dan seterusnya mengelar kerongkong mangsa lalu menyebabkan mangsa semua terbunuh, kata pegawai dari  Bortalav.

Salah seorang mangsa berusia dua tahun sedang menunggang skuter bersama bapanya di bandar Bhavnagar apabila secara tiba-tiba tali layang-layang terbelit di lehernya. Dia meninggal dunia pada Ahad selepas menerima rawatan di hospital berhampiran.

Seorang pegawai dari balai polis Aji Dam menambah bahawa seorang lagi mangsa berusia tujuh tahun sedang menunggang skuter dengan ibu bapanya di Rajkot apabila lehernya dikelar oleh tali layang-layang berkenaan.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Dalam kejadian lain, seorang lagi kanak-kanak berusia tiga tahun yang sedang berjalan pulang bersama ibunya di bandar Visnagar telah menjadi mangsa seterusnya pada hari Sabtu lalu. Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.

Tiga orang lelaki turut kehilangan nyawa dalam kejadian serupa di daerah Vadodara, Kutch dan Gandhinagar.

Perkhidmatan kecemasan menyatakan seramai 130 orang mengalami luka dan 46 yang lain cedera selepas terjatuh dari ketinggian sewaktu menerbangkan layang-layang pada hari Sabtu dan Ahad.

Sumber: Daily Star

The post Enam Terbunuh Selepas Tali Layang-Layang Terjerut Leher appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*