Enggan Gugurkan Kandungan, Wanita Dibakar Suami Meninggal Dunia Selepas Kritikal 11 Hari

Seorang wanita Lubnan yang hamil lima bulan dilapor meninggal dunia, pada Rabu, selepas dibakar suami kerana enggan mengugurkan kandungan tersebut.

Mangsa, Hana Mohammed Khodor, 21, dikejarkan ke hospital di Tripoli dalam keadaan kritikal dan dirawat selama 11 hari akibat luka melecur selepas suaminya dikenali sebagai AA, membakarnya dengan menggunakan api daripada tong gas.

Arab News sebelum ini melaporkan bahawa Hana mengalami luka melecur tahap 3 di hampir 100 peratus tubuh badannya selain bergantung kepada bantuan oksigen untuk bernafas.

“Dia sedang bertarung untuk hidupnya dan berada dalam keadaan hidup atau mati di unit rawatan rapi. Hana juga mengandung lima bulan. Bayi itu meninggal dunia dan kami terpaksa membedahnya dan mengeluarkan janin. Peluang untuk dia selamat sangat tipis,” kata doktor yang merawat Hana ketika itu.

Serangan ngeri itu didakwa bermula apabila AA dengan kejam memukul Hana, selepas isterinya itu memberitahu dia mahu menjaga bayi mereka, yang dijangka lahir pada bulan Disember.

Pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada beban kewangan yang dihadapi oleh pasangan tersebut dan kebimbangan mengenai kemampuan mereka untuk membesarkan cahaya mata itu kelak. Suami isteri itu dilaporkan berasal daripada kalangan komuniti miskin di utara negara itu.

Suami mangsa berjaya ditahan oleh pihak ketika cuba melarikan diri meninggalkan negara itu.

BACA: Wanita tikam suami curang, rebus dalam periuk

Sumber: Daily Mail

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*