Enggan keluar bersama, lelaki tikam bekas kekasih selepas 2 minggu ‘break up’

Baru-baru ini tular sebuah ciapan memaparkan seorang wanita terbaring berlumuran darah di atas jalan akibat ditikam bekas kekasihnya menggunakan sebilah pisau.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut dilaporkan mencederakan rakan mangsa yang kebetulan berada di lokasi kejadian iaitu di kaki lima di Jalan Tun Sri Lanang, Melaka kira-kira pukul 6.20 minit petang.

Susulan itu, individu dikenali @yulianamour meminta jasa baik orang ramai menyebar dan mengesan pelaku tersebut setelah mendedahkan nombor pendaftaran kenderaan suspek di platform Twitter.

Pun begitu, lelaki tersebut dilapokan menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada 2.30 minit petang Jumaat dan makluman ini disahkan oleh Ketua Polis daerah tersebut, Asisten Komisioner Christopher Patit.

Ujarnya, suspek merupakan bekas kekasihnya berusia 22 tahun dan telah diserang kerana enggan keluar bersama lelaki tersebut selepas mereka menamatkan hubungan pada dua minggu lepas.

Dalam pada itu, Christopher Patit berkata, mangsa yang berusia 23 tahun dikatakan cedera parah di tangan dan terus dikejarkan ke zon merah Hospital Melaka dan rakannya berusia 25 tahun pula cedera di bahagian telinga.

Difahamkan mangsa telah menahan serangan menggunakan tangan sebelum rebah dan rakannya itu cuba membantu namun turut mengalami kecederaan di bahagian telinga.

BACA: Remaja 19 tahun diumpan makan sate, sebelum dirogol 3 lelaki secara bergilir-gilir

Sumber: Twitter @yulianamourUtusan Malaysia (Abdul Hadi Ab. Manap)

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*