Enggan Pindah, Keluarga Ini Tak Kisah Tinggal Di Rumah Dalam Bulatan

Enggan Pindah, Keluarga Ini Tak Kisah Tinggal Di Rumah Dalam Bulatan

Sebuah keluarga nekad tinggal di tengah-tengah bulatan selama 40 tahun kerana enggan meninggalkan tapak rumah mereka, lapor Mirror.

David John dan Eirian Howatson difahamkan berpindah ke banglo di Denbighshire, Wales pada tahun 1960 hampir dua dekad sebelum rancangan pembinaan bulatan dikemukakan kepada mereka.

Bagaimanapun, ketenangan kehidupan mereka mula terjejas selepas projek pintasan Denbigh dibina di sekeliling rumah mereka.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Kredit Ian Cooper

David dan Eirian dilaporkan enggan berpindah selepas diberitahu bahawa mereka tidak boleh membina banglo kecil di atas kawasan tanah kecil mereka. Bulatan itu dilaporkan siap dibina pada tahun 1980 di mana pada masa itu David John telah meninggal dunia.

Kredit Google

Tetapi selepas 42 tahun, rumah itu masih kekal menjadi milik keluarga Howatson.

“Kehidupan di bulatan itu ada kalanya sibuk kata Clwyd Howatson yang telah tinggal di sana sepanjang hayatnya bersama isteri dan anak lelakinya.

The Howatson yang berusia 64 tahun berkata bahawa dia mempunyai keluarga yang besar dengan tujuh anak dan 12 cucu yang kerap melawat rumah dalam bulatan tersebut.

Kredit Google

“Kami tidak perlu risau tentang mana-mana jiran, tetapi kehidupan di bulatan kadang-kadang menjadi sibuk terutamanya ketika keberadaan cucu saya,” kata Clwyd kepada NorthWalesLive.

“Saya telah tinggal di bulatan ini selama lebih 40 tahun. Kami pernah tinggal di sini selama 20 tahun sebelum itu juga jadi ia telah menjadi milik keluarga saya untuk masa yang lama,” katanya lagi.

Kredit Ian Cooper

Setelah menghabiskan sebahagian besar dari kehidupan dewasanya di bulatan itu, Clwyd berkata ia adalah sesuatu yang dia sudah biasa.

Bertanya berkenaan kemalangan, Clwyd berkata bahawa mereka bernasib baik selama ini dan tidak pernah melihat apa-apa kejadian yang serius di sekitar bulatan tersebut.

Sumber: Mirror

The post Enggan Pindah, Keluarga Ini Tak Kisah Tinggal Di Rumah Dalam Bulatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*