EPL: Penyokong Everton rancang bikin protes

LIVERPOOL – Penyokong Everton yang tidak berpuas hati de­ngan pemilik kelab itu merancang untuk mengadakan protes ketika mereka dijadual menentang Southampton malam esok.

The Toffees bakal menghadapi perlawanan wajib menang di Goodison Park ketika mereka berada pada zon penyingkiran dan gagal untuk meraih kemenangan pada aksi Liga Perdana Inggeris sejak 22 Oktober lalu.

Skuad kendalian Frank Lampard itu sudah melalui lapan perlawanan tanpa menang dalam semua pertanding termasuk tersingkir daripada saingan Piala FA dan Piala Liga Inggeris.

Kerjasama yang diwujudkan oleh para penyokong Everton itu dikenali sebagai ‘All Together Now’ yang menggesa pemilik kelab, Farhad Moshiri supaya sedar mengenai kebimbangan mereka mengenai hala tuju pasukan itu.

“Lebih daripada 67 kumpulan penyokong dan media sosial serta 21 gabungan kelab penyokong rasmi akan mewakili puluhan ribu penyokong Everton untuk kempen #AllTogetherNow.

“Kempen ini dilakukan supaya Farhad Moshiri sedar bahawa perubahan perlu dilakukan di peringkat pengurusan melibatkan pengerusi, ahli lembaga pe­ngarah dan peringkat eksekutif kelab.

“Kami menuntut supaya beliau membawa masuk individu yang kompeten, berpengalaman dalam membantu kelab ini kembali pada landasan serta perubahan segera untuk menjadikan pasukan ini kembali kompetitif.

“Pada perlawanan penting menentang Southampton, para penyokong akan memberikan sokongan kepada Frank Lampard dan pera pemain,” menurut kenyataan yang disiarkan di laman NSNOW. – AGENSI

The post EPL: Penyokong Everton rancang bikin protes appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*