EPL: QSI sedia labur dana besar di Tottenham

LONDON – Dana Pelaburan Sukan Qatar (QSI) dilaporkan bersedia untuk membuat pelaburan yang dianggarkan bernilai £1 bilion (RM5.32 bilion) ke atas kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur.

Pengurusinya, Nasser Al-Khelaifi sebelum ini dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Spurs, Daniel Levy di sebuah hotel di London yang dipercayai bagi membincangkan mengenai keinginan kedua-dua pihak untuk melakukan kerjasama.

Bagaimanapun, menurut laporan, tawaran tersebut kurang daripada nilai berkenaan apabila QSI hanya akan memegang 25 peratus sahaja saham kelab itu, tetapi ia hanyalah sebagai langkah pertama sebelum konsortium tersebut meningkatkan pegangan untuk menguasai sebahagian besar pemilikan.

Kumpulan perniagaan itu sebelum ini telah membeli 22 peratus saham pasukan SC Braga di Liga Portugal yang dianggarkan bernilai £90 juta (RM478.69 juta) pada Oktober tahun lalu untuk menjadi pelaburan bola sepak kedua selepas mereka memiliki Paris Saint-Germain pada 2011.

QSI dipercayai sedang cuba untuk menandingi apa yang te­lah dilakukan oleh City Football Group (CFG) dari Emiriyah Arab Bersatu yang memiliki beberapa kelab termasuk Manchester City, New York City FC, Melbourne City FC, Yokohama F. Marinos, Girona dan Mumbai City FC.

Bagaimanapun, QSI ketika ini tertakluk kepada peraturan Ke­satuan Bola Sepak Eropah (UEFA) apabila mereka tidak dibenarkan memiliki dua kelab yang sama-sama bersaing dalam kejohanan di pentas Eropah. – AGENSI

The post EPL: QSI sedia labur dana besar di Tottenham appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*