Pepatah sesuai menggambarkan keakraban dua sahabat, pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim dan tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.
Bersaing di padang, namun bersatu hati dan mesra bertanya khabar rakan yang menjadi mangsa simbahan asid Mei lalu.
Arif Aiman meluangkan masa menziarahi Faisal atau mesra disapa ‘Mickey’ di kediamannya.
Faisal berkongsi pertemuan tersebut menerusi laman sosialnya pada Selasa.
“Terima kasih ‘Messi’ datang melawat dan beri semangat,” catat Mickey menerusi Instastory.
Malah Arif Aiman turut menitip doa kesembuhan buat ‘Mickey’.
sumber: SH
“Fast recovery dan semoga dipermudahkan urusan ‘Mickey’,” catat Arif Aiman.
Kejuaraan Piala FA masih segar buat Arif Aiman yang turut meledak satu gol ketika membantu skuad Harimau Selatan membenam Selangor FC 6-1 dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Namun Faisal yang masih dalam proses pemulihan berada dalam senarai pemain simpanan.