Fikry Ibrahim Mekapkan Ibu, Bawa Pergi Bercuti – Netizen Luah Rasa Kagum, Sebak

Pelakon Fikry Ibrahim baru-baru ini telah berkongsi satu video di Twitter miliknya dimana dia membawa ibu tersayang, Bibi Zaleha bercuti bersama dengannya ke Langkawi.

Menerusi video tersebut, Fikry dilihat tidak kekok menguruskan dan menyiapkan ibunya yang berusia 74 tahun sebelum keluar bersiar-siar.

Difahamkan, ibu pelakon itu sudah tidak berapa berdaya untuk berjalan dan pernah diserang angin ahmar kira-kira dua tahun lalu.

Klik untuk gambar besar

Apa yang menjadi perhatian, Fikry dilihat memakaikan bedak dan juga lipstick pada wajah ibunya yang sedang berbaring. Tindakan pelakon itu ternyata menyentuh hati netizen.

Perkongsian Fikry itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi serta memuji aktor itu yang menyantuni ibu tercinta.

Malah, rata-rata netizen turut mendoakan syurga buat Fikry kerana berbakti kepada orang tuanya dan dipermudahkan urusan.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*