Filem animasi Mechamato menang anugerah, Fahmi Fadzil ucap tahniah kepada penerbit

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan tahniah kepada Animonsta Studios (Monsta) atas kejayaan siri animasi Mechamato terbitannya memenangi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.

Dalam hantaran di laman Facebook, Fahmi berkata animasi Mechamato itu mengharumkan nama Malaysia dengan mencatat sejarah sebagai animasi luar Jepun pertama yang berjaya menang anugerah berkenaan.

“Mechamato harumkan nama Malaysia dengan mencatat sejarah animasi luar Jepun pertama yang berjaya menang anugerah ini, wajar menjadi inspirasi buat pemain-pemain industri animasi tempatan.

“Kerajaan akan sentiasa menyokong usaha-usaha industri terutamanya dalam menghasilkan karya berkualiti tanpa mengetepikan nilai tempatan,” katanya.

Kemenangan Mechamato diumumkan menerusi laman rasmi TAAF semalam sekali gus berjaya menewaskan animasi hebat yang lain lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero.

— BERNAMA 

Baca juga : Tidak boleh ambil sikap ‘relaks’ dalam soal jaminan makanan

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*