
Persiapan Sri Pahang semakin terjejas apabila kehilangan seorang lagi tonggak penting menjelang sepak mula perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Umum diketahui bahawa Tok Gajah sudah kehilangan penyerang import, Kpah Sherman dan bintang sensasi, Manuel Hidalgo, akibat penggantungan kad merah dalam aksi separuh akhir, sebelum ini.
Ini meletakkan skuad kendalian Fandi Ahmad serba kekurangan berdepan Harimau Selatan, namun sudah pasti ada perancangan sampingan oleh Fandi.
Difahamkan, pemain warisan Harimau Malaya, David Rowley, turut diketepikan selepas mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan, baru-baru ini.
sumber : SA
Menurut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Rowley bagaimanapun tetap menyertai kunjungan Sri Pahang ke Bukit Jalil, Sabtu ini.