Formasi Luar Biasa, Lima Planet Kelihatan ‘Sebaris’ Malam Ini

lima planet sebaris

Formasi Luar Biasa, Lima Planet Kelihatan ‘Sebaris’ Malam Ini

Orang ramai berpeluang untuk melihat formasi lima buah planet iaitu Utarid, Musytari, Zuhrah, Marikh dan Uranus dalam keadaan sebaris di langit malam ini.

Memetik laporan Space.com, formasi kelima-lima planet tersebut dapat dilihat dengan jelas pada bahagian horizon barat, pada malam Selasa.

Bagaimanapun, formasi berkenaan hanya kelihatan dalam tempoh kira-kira sejam sahaja sebelum ia mula beransur-ansur hilang. Planet-planet tersebut akan mula kelihatan selepas matahari terbenam. Dalam laporan berbeza, formasi kelima-lima planet tersebur hanya dapat dilihat dalam tempoh 20 hingga 25 minit sahaja.

Difahamkan, formasi tersebut boleh dilihar dari mana-mana lokasi di Bumi. Namun dengan syarat, kawasan langit hendaklah cerah dan memandang ke arah horizon barat.

Selain planet Marikh, Zuhrah dan Musytari yang kelihatan terang dan boleh dilihat dengan mata kasar, orang ramai mungkin memerluka teleskop untuk melihat Utarid dan Uranus.

lima planet sebaris malam ini
Gambar: PBS News

Bagi peminat angkasa lepas, peluang untuk melihat planet Uranus tidak boleh dilepaskan memandangkan planet ini jarang-jarang sekali kelihatan dari Bumi. Di angkasa, planet ini dapat dikesan memancarkan cahaya bewarna hijau.

Menurut laporan The Straits Times Singapore, formasi lima planet seterusnya dapat dilihat pada 17 Jun ini. Formasi berkenaan akan melibatkan planet Utarid, Uranus, Musytari, Neptun dan Zuhal.

Sebelum ini, pada Jun 2022, lima buah planet iaitu Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal turut kelihatan dalam formasi yang sama. Ia merupakan formasi kali pertama dapat dilihat selepas 2004.

Formasi ini hanya akan kelihatan sekali lagi pada 2040.

Fenomena luar biasa ini nyata menarik minat peminat angkasa lepas di seluruh dunia yang tidak sabar menantikan malam istimewa ini.

Antaranya tang tidak melepaskan peluang berkongsi keterujaan adalah bekas angkasawan Amerika Syarikat, Buzz Aldrin.

”Saya sentiasa ternanti-nantikan fenomena angkasa lepas yang luar biasa dan peluang itu mungkin hadir pada Selasa ini.

”Capai binokular anda dan perhatikan formasi sebaris lima buah planet iaitu Utarid, Musytari, Zuhrah, Marikh dan Uranus di langit. Harap-harap langit cerah nanti,” katanya pada Isnin menerusi Twitter.

BACA: Proton Umum X90 Kenderaan Tenaga Baharu Pertamanya

Sumber: Space

The post Formasi Luar Biasa, Lima Planet Kelihatan ‘Sebaris’ Malam Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*