Connect with us

Semasa

Gadis pekerja Shell menangis ditipu pelanggan sebanyak RM360 – ‘Dia lari macam tu je’

Malangnya nasib pekerja stesen minyak ditipu oleh pelanggan lelaki yang tidak bertanggungjawab menyebabkan mangsa kerugian ratusan ringgit.

Menurut mangsa, yang dikenali sebagai Suyyaya, pada hari kejadian, seorang lelaki berusia 40-an ke atas datang ke kaunter untuk memaklumkan bahawa dia mahu membuat pengisian penuh tetapi memberikan wang pendahuluan sebanyak RM50.

..pakcik datang dengan Hilux, bagi RM50 lepas tu minta isi penuh. Tengok muka pula boleh dipercayai, ingatkan dia isi kurang dari RM100. Lepas tu dia lari macam tu je,” kata Suyyaya dalam video perkongsiannya di TikTok.


Tindakan lelaki itu membuatkan mangsa terkilan dan sekarang dia harus menanggung kerugian dengan menggunakan duit gajinya sendiri.

Juga menimbulkan persoalan, tong apa yang digunakan lelaki itu untuk membuat pengisian minyak yang harganya mencecah RM360.

“Woii gaji aku!! RM1-RM2 tu tak kisah, ini beratus-ratus. Kau pakai tong ape weh untuk isi minyak banyak tu? …dia isi.. Ya Allah.. banyaknya. (Saya) dengan muka bangganya tunggu untuk dibayar,” katanya.

Di media sosial, netizen bersimpati dengan apa yang dilalui oleh mangsa. Netizens juga menasihati mangsa untuk membuat laporan polis dan menyertakan video dari rakaman kamera litar tertutup di premisnya untuk dijadikan bukti.


 

Sumber: Niaga Kini


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags