Gaduh Punya Pasal, Lelaki ‘Kokak’ Kepala Ular Sawa Peliharaan Kekasih Sampai Putus

kepala ular sawa putus

Gaduh Punya Pasal, Lelaki ‘Kokak’ Kepala Ular Sawa Peliharaan Kekasih Sampai Putus

Seorang lelaki dari Florida ditahan polis kerana didakwa menggigit kepala seekor ular sawa peliharaan seorang wanita hingga putus ketika sedang bertengkar dengannya, kata polis.

Lelaki yang berusia 22 tahun tersebut dikatakan menggigit ular itu selepas dia bertengkar dengan seorang wanita di sebuah apartmen Cutler Bay pada Isnin, lapor NBC Miami.

Polis memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan pada pukul 5.30 pagi dan menemui kepala ular sawa yang terputus itu.

Pihak polis melaporkan mereka terdengar suara seorang lelaki dan wanita menjerit di dalam apartmen sebelum wanita terbabit meminta polis untuk menendang pintu rumahnya.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Bagaimanapun, lelaki itu kemudiannya menghalang pihak polis daripada masuk dan menahan wanita tersebut, lapor polis.

Seorang anggota polis cuba untuk menggunakan taser (senjata perenjat) kepada lelaki terbabit selepas dia enggan keluar dengan mengangkat tangan, tetapi tidak berjaya untuk menundukkan suspek.

Menurut laporan New York Post, lelaki berkenaan didakwa memukul muka seorang lagi anggota polis dengan gari apabila polis itu cuba menahannya.

Selepas berjaya menahan lelaki itu, polis menemui seekor ular yang terputus kepalanya berhampiran pintu depan.

Wanita tersebut memberitahu polis bahawa lelaki itu telah menggigit kepala haiwan peliharaannya semasa mereka sedang bertengkar.

Memetik New York Post lagi, status hubungan antara suspek dengan wanita berkenaan masih tidak diketahui dengan jelas.

Ekoran daripada itu, lelaki terbabit dituduh melakukan kekejaman terhadap haiwan dengan niat untuk membunuh, mengurung secara salah serta melawan polis dengan cara keganasan.

Suspek juga dikenakan ikat jamin sebanyak 15,000 dolar Amerika (RM63,900).

Sumber: New York Post

The post Gaduh Punya Pasal, Lelaki ‘Kokak’ Kepala Ular Sawa Peliharaan Kekasih Sampai Putus appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*