Connect with us

Global

Gagal patuh SOP Covid-19, dua menteri ‘kluster kayangan’ dipecat

Dua pemimpin ‘kluster kayangan’ di Jordan dipecat hanya kerana melanggar peraturan kesihatan untuk mengekang penyebaran Covid-19.

Istana Diraja dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Menteri Kehakiman Bassam Talhouni dan Menteri Dalam Negeri Samir Mobaideen diperintahkan untuk melepaskan jawatan masing-masing oleh Perdana Menteri Biseher al-Khawsawneh setelah mendapat persetujuan segera dari Raja Abdullah II.

Kedua menteri tersebut didapati melanggar undang-undang darurat yang dikuatkuasakan oleh kerejaan


Difahamkan Mobaideen dan Talhouni sebelumnya dilaporkan menghadiri makan malam bersama tujuh individu lain di sebuah restoran di Amman. Sementara pemerintah telah melaksanakan undang-undang yang hanya mengizinkan maksimum enam orang sahaja.

Berikutan pemecatan dua pemimpin ‘kluster kayangan’ itu, Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam pentadbiran tempatan, Tawfiq Krishan akan dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru bersama-sama dengan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Undang-Undang, Ahmed Ziyadat akan dilantik sebagai Menteri baru Kehakiman. – AFP


p/s: Sementara itu di sebuah negara di planet Macarena, beberapa pemimpinnya sering didapati melanggar SOP yang ditetapkan. Namun, tidak ada tindakan tegas yang diambil setelah mereka meminta maaf dan didenda dan menawarkan gaji bulanan untuk dipotong secara sukarela.


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags