Gempa Bumi Kuat Gegarkan Jepun

Gempa bumi kuat

Gempa Bumi Kuat Gegarkan Jepun

ISTANBUL, 5 Mei (Bernama-Anadolu) — Gempa bumi kuat menggegarkan Jepun pada Jumaat, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi dengan magnitud 6.2 berhampiran pantai barat pulau Honshu melanda negara itu kira-kira 2.42 petang, lapor Agensi Anadolu memetik USGS.

Bagaimanapun, Agensi Meteorologi Jepun dalam satu kenyataan berkata magnitud gempa bumi itu adalah 6.3 yang menggegarkan wilayah Ishikawa dan kawasan sekitar tengah Jepun, lapor Kyodo News.

Tambah agensi cuaca itu, tiada ancaman tsunami akibat gempa berkenaan.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

The post Gempa Bumi Kuat Gegarkan Jepun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*