Gempa Bumi Turkiye: Remaja Perempuan Ditemukan Selamat Selepas Terperangkap 10 Hari

remaja perempuan terperangkap 10 hari

Gempa Bumi Turkiye: Remaja Perempuan Ditemukan Selamat Selepas Terperangkap 10 Hari

MOSCOW, 16 Feb (Bernama) — Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berjaya dikeluarkan selepas terperangkap dalam runtuhan selama hampir 248 jam dalam malapetaka gempa bumi yang melanda Turkiye yang setakat ini sudah meragut 36,187 nyawa, lapor Sputnik.

Aleyna Olmaz diselamatkan pada Khamis di daerah Dulkadiroglu wilayah Kahramanmaras dan dibawa ke hospital.

Gambar yang dirakamkan di lokasi kejadian menunjukkan remaja itu dalam keadaan sedar.

Harapan semakin tipis untuk menemukan lebih ramai mangsa yang terselamat dalam gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada 6 Februari itu.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Berpuluh-puluh negara telah menghantar pasukan mencari dan menyelamat ke kawasan yang terjejas untuk membantu mempercepat usaha menyelamat.

Hampir 40,000 terkorban setakat ini

Sekurang-kurangnya 36,187 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye minggu lepas, menurut agensi bencana negara itu pada Khamis.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 pada 6 Feb yang berpusat di wilayah Kahramanmaras, menjejaskan lebih 13 juta orang di 11 wilayah termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye, Sanliurfa dan Elazig.

Beberapa negara di rantau ini, termasuk Syria dan Lubnan, turut merasai gegaran kuat yang melanda Türkiye dalam tempoh kurang 10 jam.

Lebih 253,000 anggota mencari dan menyelamat kini berada di lapangan, lapor Anadolu memetik kenyataan agensi pengurusan bencana dan kecemasan Turkiye.

Menurut agensi itu, sekurang-kurangnya 216,347 orang dipindahkan dari kawasan yang dilanda gempa bumi setakat ini.

Pada Khamis, Kementerian Luar Turkiye berkata 7,098 anggota penyelamat asing dari 74 negara kini meneruskan tugasan di lapangan.

Sumber: BERNAMA

The post Gempa Bumi Turkiye: Remaja Perempuan Ditemukan Selamat Selepas Terperangkap 10 Hari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*