Gempa Kuat Gegar New Zealand Selepas Darurat Taufan

gempa bumi new zealand taufan

Gempa Kuat Gegar New Zealand Selepas Darurat Taufan

New Zealand telah dikejutkan dengan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.1 magnitud pada hari ini, ketika negara tersebut baru sahaja ditimpa bencana ribut taufan.

Pusat gempa yang berlaku kira-kira 7.30 waktu tempatan itu dilapor terletak di sekitar bandar Wellington, di utara negara pulau tersebut.

Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 48 kilometer dengan pusat gempa terletak kira0kira 50 kilometer daripada bandar Paraparaumu, jelas pusat pemantauaan aktiviti seismik kerajaan, Geonet.

Gegaran tersebut diklasifikasikan sebagai “kuat” selepas melanda pulau-pulau dalam masa sekelip mata serta diikuti dengan gegaran selama 30 saat.

Gempa kuat gegar New Zealand, tiada amaran tsunami dikeluarkan

Sungguhpun begitu, tiada laporan mengenai kerosakan harta benda serta amaran tsunami yang dikeluarkan di kawasan terlibat.

Namun, penduduk dilaporkan merasai gegaran pada bahagian tanah dan membandingkan gegaran tersebut dengan keadaan sekumpulan trak melaui kawasan tersebut.

Beberapa warga Kiwi turut menggambarkan suasana gempa bumi tersebut sebagai ‘kuat’ dan ‘menakutkan’.

“Ia seperti kereta api barang melintasi rumah kami. Saya bersama isteri dan dua anak kami kemudian segera berkumpul berdekatan pintu dan menunggu gegaran tersebut reda.

“Rasanya ia berlangsung kira-kira 30 saat. Jantung kami semua berdegup kencang sepanjang waktu itu,” kata salah seorang penduduk kepada media tempatan, New Zealand Herald.

Sebuah pesawat dalam penerbangan dari Auckland juga dilaporkan terpaksa membatalkan pendaratan di Lapangan Terbang Wellington susulan kejadian itu.

Darurat diumumkan sehari sebelum insiden gempa bumi

Gegaran tersebut berlaku sehari selepas kerajaan New Zealand mengisytiharkan darurat peringkat kebangsaan berikutan insiden banjir dan kerosakan berpunca dari Taufan Tropika Gabrielle.

Angin taufan yang kuat telah menyebabkan kerosakan sepanjang Pulau Utara pada minggu ini serta mengakibatkan empat kematian.

Manakala, ribuan penduduk di kawasan terjejas telah kehilangan tempat tinggal.

Untuk makluman, New Zealand terletak di kawasan dimana aktiviti seismologi berlaku dengan aktif . Kawasan berkenaan dikenali sebagai “Lingkaran Api Pasifik”. Ia merupakan gugusan gunung berapi aktif yang terletak di sepanjang Lautan Pasifik.

Sebelum ini, kejadia gempa bumi yang berlaku di Christchurch, yang terletak di Pulau Selatan pada 2011 telah meragut kira-kira 185 nyawa dan memusnahkan ribuan rumah.

BACA: Presiden Türkiye Dirakam Azan Dan Menamakan Bayi Mangsa Gempa Bumi

Sumber: The Sun

The post Gempa Kuat Gegar New Zealand Selepas Darurat Taufan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*