Gempa Magnitud 5 Berlaku Hampir Setiap Hari, Ini Penjelasan Kenapa Indonesia Selalu Dilanda Gempa Bumi

Gempa bumi merupakan salah satu bencana yang tidak asing buat negara jiran kita, Indonesia. Bencana ini adakalanya berlaku sangat pantas dan tidak terduga. Selalunya turut melibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

Salah satunya, adalah Tragedi Cianjur, Jawa Tengah yang baru saja berlaku pada tahun lepas. Gempa berkenaan sangat dahsyat dan meragut lebih 260 nyawa dalam sekelip mata.

Jadi, sebagai warga Malaysia yang hidup berjiran dengan Indonesia, yang hanya dipisahkan oleh Selat Melaka ini, pernah tak anda terfikir kenapa negara berkenaan sering dilanda gempa bumi?

Kredit: Bernama

Untuk mendapatkan jawapannya, jom kita ikuti penerangan komprehensif yang diperolehi menerusi video Astrolab dibawah.

Gempa bumi secara umum

Sebelum kita menghuraikan secara terperinci jawapan kepada persoalan diatas, wajarlah kita menyelami serba sedikit mengenai apa itu gempa bumi.

Gempa bumi boleh ditakrifkan sebagai pergerakan mengejut permukaan bumi yang disebabkan oleh pergerakan batuan di sepanjang persempadanan plat tektonik.

Walau bagaimanapun, gempa bumi juga boleh berlaku disebabkan oleh aktiviti-aktiviti gunung berapi, khususnya gunung berapi yang memegang status aktif.

Secara umumnya, bencana ini merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara tiba-tiba, berpunca dari perubahan yang berlaku pada kerak bumi.

Perubahan inilah yang menyebabkan gegaran yang tertumpu pada titik tumpu gempa. Titik tumpu gempa merujuk kepada lokasi ‘punca’ gegaran yang berada di bawah tanah, yang mana tempat hasil tenaga gempa bumi itu dilepaskan.

Bagi titik tumpu gempa yang berada di atas tanah pula ia dikenali sebagai ‘epicenter‘.

Tahukah anda bahawa Bumi kita ini bukanlah satu-satunya planet atau entiti angkasa yang mengalami gempa. Menurut Astrolab, Bulan yang berada berdekatan dengan planet kediaman kita turut mengalami gempa dan ia dipanggil sebagai ‘gempa Bulan’.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Berdasarkan teknologi semasa, gempa turut dikesan berlaku di beberapa planet berdekatan Bumi seperti Marikh dan Utarid.

Mengapa Indonesia sering dilanda bencana gempa bumi?

Sebelum menjawab persoalan kenapa Indonesia kerap dilanda gempa bumi, molek kiranya kita sebagai rakyat Malaysia memanjatkan rasa syukur kerana negara kita bernasib baik dan amat jarang dilanda kejadian gempa bumi yang biasa mahupun yang dahsyat.

Biasanya, gempa bumi sering berlaku di kawasan pinggiran plat tektonik, yang mana kesan pergeseran anatara kepingan kerak bumi atau letusan gunung berapi akan menyebabkan gegaran yang sangat kuat.

Berbeza pula dengan Indonesia, negara tersebut merupakan negara yang aktif secara seismik.

Berdasarkan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Indonesia merupakan negara yang paling kerap dilanda gempa bumi.

Ini kerana kedudukan Indonesia itu sendiri yang berada diatas Lingkaran Api Pasifik, iaitu jalur gunung berapi dan seismik terbesar di dunia, selain faktor Indonesia itu sendiri negara yang luas.

Lingkaran Api Pasifik ini merupakan lingkaran berbentuk melengkung separuh merentasi tiga plat tektonik utama iaitu plat Indo-Australia, Eurasia dan Pasifik.

Menurut data, kira-kira 81 peratus kejadian gempa bumi sering direkodkan berlaku di persimpangan tiga plat tektonik utama ini.

Kredit: National Geography

Selain daripada kerap dilanda kejadian gempa bumi, negara ini juga diancam bencana alam lain seperti letusan gunung berapi, banjir dan tsunami.

Disebabkan posisinya yang berada di atas Lingkaran Api Pasifik, Indonesia juga memiliki 200 gunung berapi di sepanjang Sumatera, Jawa dan pulau-pulau di bahagian timur negara tersebut.

Ada antara gunung-gunung berapi tersebut merupakan gunung berapi yang aktif.

Gempa bumi berkekuatan kira-kira 5 magnitud berlaku setiap hari

Bencana ini sudah semestinya telah memberikan kesan mendalam kepada Indonesia seperti kehilangan nyawa, kemusnahan infrastruktur dan kemerosotan ekonomi.

Hasil dapatan USGS mendapati bahawa gempa bumi dengan kekuatan kira-kira magnitud 5 berlaku hampir setiap hari di negara tersebut.

Namun, gegaran pada kekuatan tersebut biasanya tidak dapat dirasai dan tidak mencetuskan kerosakan yang nyata pada infrastruktur.

Kesan gempa bumi hanya dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kekuatan gegaran tersebut mencapai lebih daripada magnitud 6.

Kredit: Freepik

Gempa bumi terdahsyat yang pernah melanda Indonesia

Setakat ini, gempa bumi yang paling teruk yang pernah melanda negara tersebut berlaku pada 26 Disember 2006.

Dengan kekuatan kekuatan mencecah 9.1 magnitud, bencana ini juga telah menyaksikan Indonesia dibadai tsunami setinggi 100 kaki dan mengorbankan lebih dari 200,000 nyawa.

Kredit: United Nation

Manakala,  insiden gempa bumi yang berlaku sekitar November lepas, telah meragut lebih daripada 270 korban dan memusnahkan banyak bangunan di sekitar Cianjur, Barat Jawa dengan kekuatan gegaran 5.6 magnitud.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai punca-punca gempa bumi, anda boleh menonton video di saluran Astrolab menerusi pautan di bawah.

BACA: Gempa Bumi Jawa Barat: 20 Kanak-kanak Antara Yang Terkorban Selepas Sekolah Runtuh

Sumber: Astrolab

The post Gempa Magnitud 5 Berlaku Hampir Setiap Hari, Ini Penjelasan Kenapa Indonesia Selalu Dilanda Gempa Bumi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*