Santai
Gempar Penemuan Anak Jerung Dengan Muka ‘Manusia’

Baru-baru ini tular sebuah berita dengan penemuan seekor anak ikan jerung (Yu) yang dikatakan mempunyai rupa manusia. Kejadian yang berlaku di negara seberang itu ditemui oleh Abdullah di perairan Nusa Tenggara Timur, Ahad lalu.
Menurut laporan, seorang lelaki yang juga nelayan secara tidak sengaja menangkap ikan yu yang tersangkut di jaring. Namun, Abdullah menyedari ikan yu itu hamil. Dia kemudian memotong perut untuk mengeluarkan anak ikan yu tersebut.
Maka hasilnya, tiga ekor anak yu berjaya dikeluarkan, tetapi penampilan salah satu daripadanya cukup mengejutkan! Salah satu jerung mempunyai penampilan yang agak unik dengan mata bulat dan hidung seperti manusia.
Dr David Shiffman, Saintis Marine Stewardship council berpendapat bahawa kejadian jerung dengan wajah manusia jarang berlaku dan mungkin disebabkan oleh kecacatan yang berlaku semasa kehamilan.
Berikutan dengan penemuan ikan yu dengan rupa yang unik ini, adik Abdullah Nuren mengatakan ada penduduk tempatan yang ingin membeli anak yu dengan wajah manusia tersebut.
Kini anak yu itu disimpan dan sedang diawet di rumahnya. Nuren juga mengakui bahawa berita penemuan itu cukup mengemparkan dan ramai penduduk tempatan mengunjungi rumahnya untuk melihat sendiri dan mengambil gambar dengan ikan yu tersebut.
"Baby shark doo doo doo baby shark doo doo doo doo" pic.twitter.com/L80ZOxMEXB
— penanam anggur (@anthraxxxx) February 24, 2021
Sumber: HCL