Gigih Cari Duit Kahwin, Rider Grabfood Terharu Dapat Hadiah RM500 Daripada Pelanggan

rider grabfood dapat hadiah

Seorang penghantar makanan atau rider Grabfood tidak dapat sorok rasa terharu apabila dia dapat hadiah wang tunai RM500 daripada pelanggan.

Tiada istilah penat jika ingin mencari rezeki, semuanya terpulang kepada anda sama ada ingin melakukannya atau tidak. Hal ini kerana sekiranya ia memang rezeki kita walau bagaimanapun keadaannya ia tetap akan menjadi milik kita begitu juga sebaliknya.

Dilihat seperti sesuatu yang sukar, namun anda perlu mempercayainya disertakan dengan doa dan usaha yang berterusan. Justeru, dalam mencari rezeki anda perlu ikhlaskan diri melakukan sesuatu pekerjaan, kelak urusan akan dipermudahkan.

Misalnya, bekerja sebagai penghantar makanan seperti Grabfood atau Foodpanda pasti tidak asing lagi di negara kita. Ada yang menjadikan pekerjaan ini sebagai kerja sambilan dan ada juga yang menjadikannya sebagai pekerjaan sepenuh masa. Tidak salah, janji anda ada usaha untuk terus bekerja.

Tidak dinafikan, pekerjaan ini juga menghasilkan pendapatan yang lumayan. Justeru, jangan pandang sebelah mata setiap pekerjaan yang dilakukan oleh orang lain.

Rezeki Tak Salah Alamat
Gambar Hiasan | Kredit: BERNAMA

Gigih Cari Duit Kahwin, Rider Grabfood Terharu Dapat Hadiah RM500 Daripada Pelanggan

Baru-baru ini satu video tular di laman TikTok memaparkan seorang penghantar makanan (Grabfood) menerima sejumlah wang daripada pelanggannya.

Pemilik akaun @Foodie CEO / Pinn Yang telah berkongsi detik-detik gembira itu di ruangan TikTok miliknya yang kini telah mendapat 4.3 juta tontonan, 439,600 tanda suka, 5,608 tanda kongsi dan 7,074 komen yang ditinggalkan (setakat artikel ditulis).

Dalam perkongsian itu, @pin_yang telah menggunakan satu kandungan (content) yang tular di laman TikTok, di mana anda perlu memilih salah satu daripada dua pilihan yang diberikan dan perlu menunaikannya.

Dapat dilihat, pada asalnya penghantar makanan yang dikenali sebagai Danish telah memilih jumlah yang kecil daripada pilihan yang diberikan. Oleh sebab itu, @pin_yang sekali lagi menawarkan peluang kepadanya untuk membuat pilihan dengan tepat.

Peluang kali kedua diberikannya kepada pasangannya yang turut bersama Danish membuat penghantaran makanan. Disebabkan pilihan pertama Danish tidak ‘dipersetujui’ oleh @pin_yang maka pasangannya telah membuat pilihan untuk memilih yang kedua.

BACA JUGA: ‘Rider’ Diberi RM61,000 Jika Berjaya Lengkapkan 21,500 Pesanan

Riak muka kedua-duanya tidak dapat ‘menipu’ apabila terkejut dengan jumlah wang yang mereka dapat. Hanya perkataan “Wow” yang mampu dilontarkan dek terkejut.

Menurut perkongsian itu, Danish bekerja sepenuh masa sebagai penghantar makanan kerana ingin mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinannya dengan pasangannya itu. Tidak dijangka, kalau dah namanya memang rezeki tidak ke mana.

Tidak hanya itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif yang memuji-muji tindakan @pin_yang untuk memastikan mereka mendapat jumlah wang yang banyak.

Melihat kepada akaun tersebut, banyak video yang dikongsikan mengisarkan @pin_yang yang membantu atau menawarkan pertolongan kepada orang lain.

Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan:

Rezeki Tak Salah Alamat
Kredit: @Foodie CEO / Pinn Yang | Tiktok

Video dilampirkan untuk tontonan umum:

@pinn_yang

Abang Grab & his gf pick the tip 🥹❤ sweet couple! #pilihkertas #foryou #malaysia #grabfood #couple #couplegoals #valentinesday2023 #valentinegift #love #makanlokal

♬ i can’t help it – JVKE

 

Sumber: @Foodie CEO / Pinn Yang | Tiktok

The post Gigih Cari Duit Kahwin, Rider Grabfood Terharu Dapat Hadiah RM500 Daripada Pelanggan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*